Saturday, January 29, 2011

KITA SEMUA DALAM KAWALAN

sedar atau x sedar?sesiapa yang pernah bermain fb,friendster,myspace,blog dan sebagainya kini dalam kawalan....kawalan siapa?itu aku x pasti...

aku merasakan internet dicipta bukan semata-mata untuk kemodenan dan merapatkan jurang antara satu sama lain..tapi bertujuan untuk mengawal masyarakat seluruh dunia...

maklumat diri anda, keluarga,bf/gf, dan kawan-kawan anda begitu mudah untuk diperolehi...
penipuan ini berjaya dilakukan dengan penuh tipu daya...dengan alasan kemodenan, kita semua mendedahkan maklumat diri,alamat, number phone dan sebagainya...cube korang taipkan something yang kena mengena dengan nama korang??nama pendek ker,nama panjang or alamat email ker....semua ni adalah satu cara yang memudahkan orang lain untuk mengenalpasti kedudukan,status dan sebagainya..sejauhmana polis atau pihak berkuasa yang lain mampu mengawal keselamatan kita...???mereka hanya akan bertindak apabila sesuatu telah terjadi...contoh rompakan,pembunuhan,kes rogol dan culik...

melalui pendedahan maklumat keluarga, gambar-gambar keluarga,sudah membolehkan penjahat-penjahat di luar sana mengejar korang...lagi-lagi golongan berada dan berkedudukan...
tidak hairanlah anak-anak orang kaya diculik dan diugut supaya menyerahkan duit tebusan...

malah, masyarakat antarabangsa juga boleh mendekatkan diri dengan kita melalui alam maya ni...mungkin disebabkan kita semua terlalu selesa dan seronok menyebabkan kita semua tidak bimbang dengan masalah yang wujud ni..keselamatan peribadi dan keluarga menjadi taruhan demi mengejar keseronokan dan kemodenan...

hmmm.....habis apa perlu kita lakukan??

tutup semua akaun di alam maya??

jangan guna email lagi...??

stop semua kemodenan??

tidak2...bukan itu yang aku cuba cadangkan....

tetapi kita semua perlu berwaspada dengan semua yang cuba kita dedahkan...kalau boleh, gambar2 di alam maya cuba diminimumkan...tak perlulah masukkan sampai 1000 gambar dalam akaun ko..dengan alasan member2 nak tahu kehidupan ko..ko bukan artis(atau mungkin ko nak jadi artis tapi x mampu)

kurangkanlah pendedahan tentang maklumat korang agar keselamatan korang dan keluarga dijaga sikit...& sudah tentu kita masih memerlukan pihak penguasa mengawal keselamatan kita...semoga kehidupan kita semakin baik, keselamatan kita dijaga dan keluarga kita selamat...

amin..

assalammualaikum...

Tuesday, January 25, 2011

TIRU KAFIR, SERUPA KAFIR

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)
Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).

petikan daripada tajuk 'Remaja bertindik selain anggota telinga, bertatu bertentangan dengan tatasusila Muslim'...BERITA KOSMO 25.01.11

Bila aku membaca artikel ni, sememangnya menarik untuk dikongsikan semua..

Yang paling utama apabila dikatakan meniru ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah menjurus kepada meniru perbuatan orang fasik atau bahasa kasarnya, ia tergolong dalam golongan kafir,

Mari kita merenung sama-sama:

1. Ucapan
Tentu antara korang-korang selalu mengamalkan ayat ni...OH MY GOD...hehe
time aku kecik dulu, aku pernah kena marah bila aku cuba untuk mempraktikkan ayat ni dalam kehidupan aku,coz pengaruh tv...biasela tu...bila aku dah besar, aku sedar yang GOD dan ALLAH merupakan 2 perkara yang kita boleh bezakan..iaitu GOD/TUHAN merupakan perkara yang disebut mewakili tuhan bukan Islam, tapi dalam Islam, kita perlu menggunakan perkataan ALLAH untuk mewakili tuhan yang satu.
mungkin ini perkara yang remeh bagi korang, kerana korang akan kata yang ALLAH tetap tuhan bagi Islam..tetapi alangkah baik kalau kita gunakan ayat Ya Allah...daripada OH MY GOD....bagaikan meniru orang putih...dan seperti biaselah, pengaruh media massa...dan ia bagaikan nampak cool.....

2. Perbuatan
Macam mane lak dengan gaya salam?yang bermacam2 jenis sekarang....aku x berani kata yang ramai orang kat Malaysia tiru Mat Salleh...(bukan mat Salleh kat Sabah)..mungkin mereka reka-reka sendiri gaya salam tu.

Gaya tangan??lagi2 yang menunjukkan 1 jari iaitu jari hantu..
Perbuatan-perbuatan lain yang ditiru daripada kap(f)ir aku kurang pasti...

3. Pakaian
HAHA...aku kurang pasti dan kurang berani untuk memberikan pendapat bila fikirkan yang aku tgh pakai seluar jeans..yang sudah tentu berasal dari Barat. tapi, apa yang aku pakai ni aku sure aku tidak menyalahi hukum syarak..

tapi,tentang pakaian yang melanggar hukum syarak, dan hukum kemanusiaan(hehe,yang menyebabkan lelaki-lelaki berdarah hidung), mungkin korang-korang kena fikirkan untuk berubah..berubah yang macamne, itu pilihan korang...HEAVEN OR HELL

4 . Perayaan
hmmmm.....Malaysia banyak rumah terbuka perayaan itu dan ini, dan kita pasti perayaan-perayaan tersebut termasuklah bukan islam(kafir)...

korang pernah pergi rumah member India dan Cina..??pernah kan...

korang pernah pergi rumah terbuka yang dianjurkan MCA/MIC/DAP???PERNAH KAN...

macamne kita nak tafsirkan??boleh x kalau aku katakan MALAYSIA dah mendahulukan kepentingan politik(yang bertujuan murni untuk semangat 1 Malaysia) daripada agama kebangsaan??

hmmmmmmm...
sistem politik kita perlu mendahulukan tokoh-tokoh agama sebagai pemimpin supaya kita dapat mendahulukan kepentingan agama daripada yang lain2..
tapi, kompem x dapat,sebabnya rasuah x dapat jalan kalau pak imam, haji dan cendekiawan Islam jadi pemimpin.....hahahahaha

5. Ibadah
hee..ini,kalau ditiru jugak, kita semua x perlu cakap banyak...GO TO HELL jerr..(AYAT NI PUN TIRU KAPIR GAK..AIII

simpulnya,
sesetengah pihak pasti akan mempertahankan apa yang dilakukan mereka...mereka akan kata,
-aku kacau telor ko ker??
-ko pedulik ape,kubur aku...
-butohla mamat ni...
-pak imam pon terlibat maksiat...
-ala.......pakai seksi pon supaya bf aku x lari...
-gila arr...dah bestfren ajak pergi rumah terbuka,xkanla x pergi..kang kate ape plak...
dan bermacam2 lg................................................

dan aku jawab: aku ingatkan jerr....selagi kita ada masa....=)

assalammualaikum...

Saturday, January 22, 2011

TAKUT!!!

ali : ko takut x??

abu : takut per??x takut pon...

ali :kirenya ko berani la ni??heee

abu : memang aku berani....

ali : tendang orang boleh??

abu : hmmm...dah selalu sangat...nak tendang sape??

ali : tendang mak ko sendiri....

abu : bodoh ko ni...bak aku tendang mak ko dulu...boleh??

ali : x payah...aku dah tendang....urmm

abu : ooooo...yeker...xpe..nanti aku tendang mak aku pulak petang kang...

ali : bodo..aku nak tendang ko dulu boleh???

abu : ehh??pehal plak???

ali : sebab ko bodoh sangat??yg ko nak tendang mak ko nanti kenape....

abu : tadi ko tanye aku berani ke x....ni aku nak tendang mak aku la ni...

ali : BODoooooooooooooh! aku dah tendang mak aku masa aku dalam perut lagi...yg ko nak tendang mak ko sekarang kan biadap & kurang ajar namanya...ko xleh masuk syurga kang.

abu : ooooo.......habis aku nak tendang sape??kang ko kata aku penakut...

ali : ko try tendang bapak ko.....

abu : gila!!!baru jer bapak aku mengamuk dengan aku hari tu...sebab ada sorang budak tu tendang punggung dia...
ko dah tendang bapak ko ker ali??

ali : dah tendang dah....gaduh besar kami...tapi bukan bapak aku la.....bapak ko...

abu : babi ko ali!!!!!*#*#*#*#**#*#**#*#*#*#

PENGAJARAN!

1. Jangan main mak bapak time bersembang.

2. Sudah tentu korang semua berani, tapi gunakan keberanian tu untuk jalan yang benar.

3. Mak korang suka bila korang tendang dia dalam kandungan, tapi jangan tendang(kurang ajar) dia bila korang dah besar..

assalammualaikum...

Thursday, January 20, 2011

Tuesday, January 18, 2011

Age of ajjal attention

mungkin korang pelik kenapa daripada episod 3 aku lompat ke episod 8...

xcualy aku xnak masukkan semua episod ke dalam blog aku...

Age of Dajjal ni ada 30 episod, maksudnya banyak giler la kan...

so,korang boleh tgk terus melalui Youtube ok...

aku hanya masukkan ke dalam blog aku episod mana yang aku rasa menarik untuk dikongsikan..

(tapi,semua episod memang best pon untuk kita tgk...)

assalammualaikum..

Age of Dajjal Episode 8

Age of Dajjal Episode 3

Age of Dajjal Episode 2

video

Age of Dajjal: Episode 1

ATTENTION

post-post selepas ini akan menceritakan tentang tanda-tanda kemunculan dajjal dan perkara yang dilakukan dajjal ...
dan sudah tentu video-video ini akan diperoleh daripada sumber youtube...

post-post ini bertujuan untuk menyedarkan kaum muslimin muslimat dan diri aku sendiri agar kita berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan tipu daya dari si dajjal...amin...




tarikh 26:

artikel ini aku pinjam daripada blog Buaya Merah dengan niat untuk mengingatkan sesama manusia...
so sememangnya kredit untuk :http://buaya-merah.blogspot.com/

Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

beringatlah kita kawan-kawan, tarikh 26 sememangnya mempunyai pengertian yang besar kepada umat manusia....berubahlah kita ke arah kebaikan....dan jauhkanlah negara ini daripada malapetaka...
amin...

Monday, January 17, 2011

Pembangunan Kg baru terhalang...

hmmmmmm....

sure korang pk kenape aku mulakan dgn hmmmmmmm...??
haha

coz tadi aku cube nak send something kat blog che det(tun dr mahathir..),tapi x lepas2 plak...suruh buat tu,aku dah buat,suruh ni,aku dah buat.....ape lagi ko nak ntahla..aiiii

ok,ape yang aku nak post kat che det nye blog adalah berkaitan dengan pembangunan kg Baru...

banyak pendapat yang mengatakan pembangunan haruslah begini,begini dan begini...(blablabla_..
tapi sampai sekarang pembangunan di kawasan tersebut tak berjalan seperti yang diharapkan....
disebabkan apa??orang kata penduduk situ cerewet lah,xnak pindah,nak bayaran yang setimpallah.....kesimpulannya, ramai pihak menyalahkan penduduk di kawasan kg baru tersebut..

bagi aku plak, mungkin ada something yang misteri/berkepentingan yang menyebabkan pembangunan di kg baru tidak berlaku...sebab apa aku kata macamtu??

1. tahun lepas ketika aku berada disebuah rumah di kg baru, aku mendengar perbualan antara seorang individu dan individu yang lain...siapa???pembaca x perlu tahu...

individu tersebut mengatakan sampai sekarang kg baru x dapat dibangunkan sebab: ada sebab yang tertentu..mungkin aku boleh translatekan sikit ikut pemahaman aku yer..

-ada suatu perkara mistik yang cuba dilindungi oleh penduduk2 berusia di sana(anak-anak mereka mungkin tidak tahu perkara ini)..kg baru satu-satunya kg melayu yg masih kuat pengaruhnya di KL ketika ni yang cuba menyelamatkan keturunan Melayu...ini bukan bermaksud keturunan melayu di tempat lain akan dihapuskan..ia bermaksud kg melayu merupakan tempat pertemuan/perbincangan golongan-golongan cerdik pandai orang melayu/islam(bukan cerdik pandai peguam ker,doktor ker..)....
disebabkan perkara mistik yang ada di kawasan tersebut dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tumpuan cerdik pandai, orang di sana(terutamanya orang tua) cuba berhelah agar kg Baru tidak dibangunkan dengan sewenang-wenangnya..mereka cuba untuk mengekalkan apa yang sedia ada di kawasan tersebut agar 'perkara' tersebut tidak dihapuskan...


sememangnya ramai yang ingin melihat kg baru berdiri gah di samping bangunan-bangunan mewah yang lain...tapi kita harus menghormati pandangan orang-orang lama/cerdik pandai ini..
sudah tentu mereka lebih tahu perkara-perkar yang pernah wujud semenjak beratus tahun yang dulu...aku bukan cuba nak mengaitkan adanya hantu atau jin...tapi cukup sekadar mengatakan ada sesuatu yang cuba dilindungi masyarakat di situ...bayangkan 50 tahun mereka bertahan untuk melindungi kawasan tersebut...? sememangnya kita harus tabik masyarakat kat situ...nak harapkan orang melayu penang selamatkan tanah-tanah kat situ memang jangan haraplah.....(tapi,yang ada tanah kat penang tu,janganlah jual yer...)..

akhirnya...,

kita tidak perlu hairan mengapa semenjak merdeka sehingga kini kawasan tersebut yang sepatutnya mungkin menjadi kompleks mewah tidak berganjak dari dulu lagi.....rumah2 yang sepatutnya mungkin menjadi bangunan pencakar langit tidak dibangunkan...Tun Dr mahathir yang dianggap bapa pemodenan pun tidak mampu mengubah Kg baru tersebut.....kita harus merenung sejenak, mengapa indonesia yang merdeka lebih awal daripada kita tidak mampu mengatasi pemodenan yang kita kecapi sekarang...kita harus fikirkan mengapa Malaysia negara yang kecil ini berbanding negara-negara islam yang lain boleh memimpin mereka....

wujud persoalan??ke manakah hala tuju negara malaysia sebagai sebuah negara Islam...
korang pernah dengar tak yang mengatakan Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam yang lebih berkuasa dan memimpin negara-negara Islam lain ke jalan Allah...?
(aku pernah dengar perkara tersebut)

so, harap pembaca semua boleh kaitkan apa yang aku ingin maksudkan tentang perkara KG Baru tadi dan juga tentang malaysia sebagai pemimpin negara islam akan datang....=)

assalammualaikummm...

*xcualy aku nak post benda ni kat che det nye blog..harap2 Tun bace...thanx

Sunday, January 16, 2011

FUNNY Monkey VS tiger

<<<...>>>

lagu bon jovi ni aku tujukan khas untuk orang-orang yang aku sayang di luar sana....peace!

Bon Jovi - I'll Be There For You

Saturday, January 15, 2011

http://bloggerfm.listen2myradio.com/

aku terkejut dengan perkembangan blogger2 di Malaysia sehinggalah terciptanya radio ni...perghh....

go to listen: http://bloggerfm.listen2myradio.com/

1st: mungkin radio ni boleh jadi tempat untuk kita maki2 antara satu sama lian..haha

2nd: atau, mungkin radio ni boleh jadi tempat untuk kita berkongsi pandangan untuk mengkritik kerajaan/Ngo atau private company...hehe

3rd: radio ni boleh jadi underground radio yang mana radio2 di luar sana telah dikawal oleh 'orang-orang besar'...so, inilah tempat paling sesuai untuk kita luahkan rasa ketidakpuashatian(ayat baru dunia) kita...

lastly: caiyalah bro....gudluck for this radio...

assalalammualaikum...! peace!

Funny Treasure Hunt 2011

aku baru je balik dari join Treasure Hunt Putrajaya 2011 pagi tadi...memang satu pengalaman yang menarik dan aku rasa best untuk berkongsi dengan pembaca semua...

pertandingan(bukan perlumbaan) yang bermula pukul 8am berakhir pukul 2pm....

pukul 3pm lak acara penyampaian hadiah dan sesi pembentangan jawapan-jawapan...

haha

sememangnya kumpulan aku x menang pape...coz ni baru pertama kali kami berempat join treasure hunt..so, ada banyak trick-trick yang kami x tahu lagi...(memang kesian)

antara soalan yang aku paling ingat adalah:
- mesin kira orang cina..di mana??? dan kami menjawab: bank rakyat...(hahaha)

boleh x korang jelaskan kenapa kami jawab macam tu??haha

coz: pada mulanya memang kami tahu yang ia adalah sempoa, tapi tiada tempat yang boleh dikaitkan dengan tempat tersebut...jadi, kami mengaitkan ia dengan bank rakyat disebabkan:

mesin kira tidak semestinya sempoa, kalkulator,tapi mungkin jugak komputer...
dan orang cina masih jugak rakyat malaysia..(hahaha)

so, mesin kira orang cina adalah : Bank rakyat...(hahaha,memang salah..)

jawapannya adalah something berbahasa Inggeris yang apabila perkataan inggeris bagi Sempoa dipusing-pusingkan, korang akan dapat jawapan...

korang pikio lah sendiri yer....assalammualaikum...=)

Monday, January 10, 2011

KUIZ LAGI...=)( fitQuestion)

disebabkan soalan yang lepas dah ada pemenang,tapi pemenang tersebut suruh aku simpan dulu duit tersebut, aku berminat lagi untuk meneruskan permainan ni...mungkin aku boleh gelarkan kuiz ni: fitQuestion (perkataan rojak)..kompem dewan bahasa marah....

tapi kali ni, kita buat lain sikit...

caranya: setiap hari aku akan bagi 1 soalan...dan jawapan untuk soalan tersebut haruslah dihantarkan kepada alamat email aku iaitu:

khairyfitri@gmail.com

dan apabila korang jawab betul untuk soalan tersebut, aku akan bagi soalan yang lain(iaitu soalan kedua) melalui email korang...

jika korang jawab salah/kurang tepat, email yang korang hantar kepada aku tidak akan dibalas atau dalam bahasa kurang sopan, tidak akan dilayan...

.....dan apabila korang berjaya menjawab 10 soalan berturut dengan tepat(melalui email), anda akan diberi RM20 sebagai ganjaran...


*mungkin korang rasakan aku menipu, tapi apa kata korang try jer dulu..kalau nak kata aku nak mendapatkan keuntungan, aku x untung pape pon,cz aku x daftar dengan apa-apa company pengiklanan like nuffang ke ape...aku hanya ingin bermain something yang membuatkan kita berfikir..

*....dan juga kalau korang rasakan yang Rm20 (eheleh......sikitnyer....), korang boleh tolong aku besarkan jumlah tersebut dengan cara, sponsor aku....(hehehehe.....)

soalannya: apakah Nombor yang paling banyak bilangannya dalam gambar di bawah??

Sunday, January 9, 2011

KUIZ RM10

hidup ni memang penuh teka-teki dan kemushkilan.....tapi x semestinya kita tidak dapat menyelesaikannya....

*disebabkan tu,aku rasa nak bermain dengan korang...jika dalam masa 24 jam(sehingga pukul 2pm esok) korang dapat selesaikannya, aku akan transfer RM10(sepuluh sahaja) serta merta kat korang..haha

3 soalan:

1. Socrates merupakan seorang ahli falsafah tersohor dunia....beliau mempunyai isteri yang bernama(bermula dengan huruf X.....)...soalannya: X.... berasal dari mana???

2. Gereja St Paul yang dibina 1521 oleh Portugis di Melaka menjadi tempat persemadian bangsawan ketika itu...namun Gereja St Paul bukanlah nama asal gereja tersebut...
soalan: nyatakan nama gereja tersebut sebelum ditukar kepada St paul..

3. Negara Sweden dikelilingi 3 negara lain...soalan: sebutkan ketiga-tiga negara tersebut..

gudluck: kalau dapat esok aku transfer duit yang x berapa nak banyak tu..tapi, lepaslah kot sekali makan kat mamak..hakhak

PENUTUPAN FACEBOOK PADA MAC??


walau pon pernah satu ketika aku mengatakan kepada teman-teman yang aku xnak terlibat dgn facebook, namun akhirnya aku kecundang gak.....

aku mengaku yang facebook memainkan peranan besar dalam sistem perhubungan sosial masyarakat sekarang... bagaimana aku pernah lost contact dengan member sekolah rendah, menengah dan di universiti...nak mengharapkan handphone semata-mate mmglah sukar untuk contact member lama(coz melibatkan kos)...

dengan berita penutupan fb ni mungkin menyebabkan masyarakat merasakan sedikit kejutan budaya..mungkin sesiapa yang ada twitter tidak mengalami masalah..sebab still boleh berhubungan dengan member2 yang serata dunia ada..
>nampaknya aku juga kena membuka satu akaun twitter untuk menggantikan fb nanti...

namun:
aku merasakan ada kebaikan juga penutupan fb ni...

1. sembang kosong, gelak ketawa, hiburan di FB mungkin dapat dikurangkan...bermaksud, masayarakat dapat mengalihkan perhatian kepada aktiviti yang lebih serius...

2. tiada lagi ancaman-ancaman keselamatan yang muncul melalui Fb ni...coz pernah berita melaporkan yang perompak mendapat tahu tuan rumah tiada di rumah melalui FB...disebabkan itu, mereka dapat mengambil kesempatan melalui perkara tersebut..

3. gambar-gambar seksi/mendedah/meloyakan/memuntahkan dengan serta merta dilupuskan...kerana pada sesetengah pihak, mungkin ia merupakan rezeki kepada mereka..
tapi, sesetengah pihak merasakan perkara tersebut harus dijauhkan...
(pihak yang macamne,lu olang pk lah sendiri...)

>>>dengan itu, aku mencadangkan yang masyarakat di luar sana harus mencari alternatif lain untuk menggantikan FB sebagai pusat pertemuan global...
aku dengan rasa berbesar hati mencadangkan masyarakat menggunakan blog aku ni untuk bersembang dan berkongsi pandangan..haha

>peace!

>>assalammualaikum...


Saturday, January 8, 2011

KOnsPirasi DuNia


pernah korang terdengar/terbaca/terlihat yang mengatakan dunia kini berada di hujungnya??
aku rasa dah ramai giler yang tahu tentang benda ini....
aku merasakan aku ingin post something yang berkaitan tentang konspirasi yang wujud di dunia ni, walaupon mungkin ramai yang dah tahu atau x tahu lagi...
**coz baru je habis mambaca buku tentang konspirasi galaktik,tulisan Muhammad Nurani Maarif..

Jika kita lihat keadaan dunia sekarang yang pelbagai ragam, cara ,bentuk dan masalah membolehkan kita mengaitkan ia tentang pengakhiran dunia(walaupon imam mahdi, Dajjal, dan Nabi isa belum muncul..)

1. awalnya, better kita melihat keadaan alam sekitar dan pemanasan global yang sering kali dibincangkan pakar-pakar seluruh dunia..(lagi2 berita kematian beribu-ribu burung dan ikan di AS)...pemanasan global yang dikaitkan dengan pembangunan global yang tidak terancang berpaksikan kemodenan menyebabkan bumi menerima padahnya. mengapa benda ini terjadi?? sudah tentu kerana ingin mengejar kemodenan semata-mata, unsur alam sekitar dan sebagainya tidak diendahkan oleh manusia yang sebenarnya ditugaskan sebagai khalifah..

2. kehidupan yang berkualiti yang berlandaskan aspek moral kini tidak dipedulikan... manusia hanya menerjah segalanya...(bagaikan pemain bola yang tackle pemain lain dan tidak mempedulikan akibatnya,walaupun mungkin mendatangkan kecederaan orang lain atau mengakibatkan dirinya mendapat kad kuning/merah)
kehidupan kini boleh digambarkan seperti perlawanan bola...kemenangan menjadi kiblat setiap pasukan...tidak kira apa cara sekalipun, permainan menarik seperti arsenal, kasar seperti Inter Milan, ataupon strategi penakut(bertahan) yang digunakan Manchester City...
manusia kini sanggup untuk menggadai maruah, menggadai keluarga , malahan menggadai agamanya sendiri....semata-mata mengejar kesenangan dunia...
manusia sentiasa membenarkan sikap masing-masing walaupon kadangkala menyedari bahawa jalan yang dipilih mereka tidak betul...
cth: kekayaan dan kehenseman seorang lelaki menjadi kepentingan ramai wanita kini untuk dijadikan seorang suami...walhal, keimanan seharusnya menjadi pokok utama..
alasan: untuk menjamin kehidupan si isteri dan anak-anak pada masa depan....terdapat bacaan yang mengatakan ada isteri-isteri yang membenarkan suami 'makan luar', janji kehidupan mereka diberikan kemewahan....
* ini yang harus dielakkan...

3. teringat kata-kata ini:
'jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah pemuda-pemuda masa kini'
aku merasakan jari-jemari ini tidak tahu apa yang harus ditaipkan...sebabnya, aku melihat dengan jelas keadaan pemuda kini...terutama di Malaysia.
mungkin aku boleh senaraikan sedikit pemuda-pemuda yang wujud sekarang:
-kaki judi/no ekor
-pemain-pemain PS2,PS3,dan sebagainya(yang menghabiskan banyak masa)
-nyah/bapok/tomboi/lesbian/gay.....(aku tahu ramai terasa nanti)
-rempit yang tiada wawasan..(ada gak rempit yang berwawasan..)
-penagih dadah/pencuri/perompak/kongsi gelap dll..
............dan banyak lagi golongan yang korang boleh fikirkan sendiri..
*aku mengharapkan ramai imam, saintis muda, pemikir muda, dan ahli sarjana akan diperbanyakkan untuk memajukan bangsa ini, negara malaysia dan sudah tentu agama islam.
*bayangkan setiap tahun di negara ini dapat lahirnya 10000 imam muda, 10000 saintis muda/arkitek/jurutera,10000 ahli politik muda(yang bukan mengamalkan korup) dan lain-lain yang diperlukan sebuah negara...sudah tentu kita semua dapat senyum dan membayangkan keadaan pada masa depan....tapi, kita tidak boleh senyum jika melihat kepada statistik jenayah yang ada kini, krisis sosial yang wujud dan bermacam algi melanda negara...

>>>>
berbalik kepada topik yang aku katakan tentang konspirasi yang wujud, dapatkah kita membayangkan bahawa semua masalah yang wujud ni bukan hadir dengan sendirinya... mungkinkah ia disebabkan suatu kuasa/komplot yang merancang semenjak zaman Rasulullah dan khalifah lagi....
jika berdasarkan sedikit tentang buku yang aku baca ni, dari dulu lagi masyarakat di luar sana(yahudi), sentiasa benci dengan kemajuan Islam...dan disebabkan satu hari yang ditunggu mereka(kemunculan dajjal), dunia dirancang penuh teliti untuk mengalami pelbagai masalah..
dunia kini dikecilkan melalui media massa dan Internet agar memudahkan mereka untuk menyebarkan propaganda dan jalan hitam yang ditunjuk mereka...cth mudah: video porno yang mudah didownload, berita murahan yang sensasi, pertunjukan dada-dada oleh para jelitawan dunia, dan sebagainya...

manusia dunia kini seakan-akan dibawa melalui satu jalan yang benar,penuh kemewahan dan kesenangan.....rasanya mungkin ramai yang berpandukan ayat ini, 'sekurang-kurangnya kita kena cuba sekali benda tu, baru tahu...' ataupon, 'muda-muda ni lah nak merasa,kang dah tua x dapat'....namun kita patut ingat pesanan dari Alllah S.W.T, 'jangan mendekati maksiat'..
(aku tidak ingin komen banyak tentang maksiat, sebab mudahnya, aku bukanlah orang yang berhak untuk menghuraikannya, cuma mengingatkan.....)
sudah tentulah Iblis dan Syaitan tersenyum melihat kemusnahan bangsa manusia yang ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini....

akhirnya, kita sebagai manusia haruslah kuat atau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan terjerumus ke dalam jalan yang ditunjukkan pihak konspirasi ini yang ingin menjahanamkan bangsa manusia ke arah kegelapan....amin....

Friday, January 7, 2011

kritikan membina

now 4am..............

aku baru sahaja berkeliaran merata-rata melihat penulisan blogger-blogger...

terdapat pendapat-pendapat yang kadang-kala aku rasakan terlampau melampaui batas.
batas yg macam mana, korang pikirkan sendiri,susah nak terangkan.

komen-komen tentang menyalahkan orang lain atau mengkritik kosong cara kehidupan orang lain bukanlah sesuatu yang harus diamalkan...(aku pon bukanlah baik)

kritikan haruslah membina dan membantu...

contoh 1:
abu yang memakai skirt....(mean: bapok lah....)

kritikan yang harus dielakkan:
ko ni betul2 gila la jadi bapok, macam haram, bodoh giler nak jadi bapok....baik mati jer daripada hidup...

kritikan yang harus diamalkan:
1. ko ni abu....ish3...kesian family ko...(buatlah dia teringat family sendiri)
2. abu....kenapa jalan ni yg ko pilih???benda ni kan dihalang agama(macam drama la pulak)

contoh 2
roy & azman merempit....

kritikan yang harus dielakkan:
babi ,sial, fuck & sebagainya....

kritikan yang harus diamalkan:
1. roy , man, korang memang hebatlah merempit.....tapi kalau korang mati time merempit lagi hebat....mesti mak n ayah korang bangga nanti coz korang masuk paper...hahaha(sekali lagi, buat mereka ingatkan family..)


***sudah tentu ramai menganggap ini semua BULLSHIT..tapi, kebaikan yang disampaikan tidak semestinya akan merubah sesuatu dengan serta merta....pesanan tersebut mungkin akan diingat semula pada waktu-waktu tertentu....

***kritikan kosong semata-mata akan membuatkan seseorang lebih panas, marah dan membuatkan mereka ingin melakukan kesalahan tersebut berulang kali...

***sudah tentu mereka-mereka akan mengatakan yang kita tiada hak untuk menasihatkan mereka,coz kita bukan mak bapak mereka...tapi nescaya kebaikan yang cuba disampaikan berulang kali akan membuahkan hasil....
cth: pokok yang disiram setiap hari...


#dah tentulah aku bukan baik sgt...tapi aku cuba untuk mengingatkan sesama kita agar percaya kepada kebaikan....(sebelum ni, banyak silap aku dah buat)
tapi, kita perlu yakin yang masa untuk kita berubah sentiasa ada...
perubahan ke arah kebaikan perlu dibuat setiap masa, setiap ketika...

kejarlah putih di depan,
lepaskan hitam di belakang...



kelaparan

kelaparan kadang kala membuatkan seseorang lebih kuat...lebih waras...

kekenyangan membuatkan seseorang pula lemah...kurang waras....
di mana, kebahagiaan boleh melalaikan sebentar manusia....
manusia sentiasa lupa yang keseronokan hanyalah sementara, namun bukan bererti manusia tidak boleh berseronok di dunia ini...

kekenyangan dan keseronokan bagai menuju jalan yang sama iaitu kelalaian>>>

namun hanya orang yang beriman kepada Allah sentiasa peka kepada perkara ini, iaitu tidak mudah lupa kepada ajaranNya..

aku memohon segala kekuatan dariNya untuk membawa diri ini ke jalan yang benar dan tulus...
diri ini sememangnya lemah untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang...
namun ketabahan dan kesabaran diharap mampu membantu meneruskan hidup ini...

sekian.....

nukilan dari someone yang tgh lapar....>>>>

aku g makan lu>>>>assalammualaikum>>>

Thursday, January 6, 2011

<<<...>>>

kenapa aku letak top 10 love song kat bwah ni??
coz that was my soul,my feel...
aku bukan jiwang & aku x romantik...
tapi aku berjiwa lembut...(bukan 'lembut' macam korang pk kan....)
so, just nak kongsikan dengan semua apa yang aku minat....
just njoy......>>>>>>>

TOP 10 LOVE SONGS EVER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...