Thursday, December 22, 2011

muhasabah pagi

Kehidupan mengajar kita tentang menghargai sesuatu yang kita sayang...Semua yang ada ketika ini pasti akan pergi satu hari nanti. Itu adalah hakikat kehidupan. Datang dan pergi.

Kita selalu tak sedar apa yang patut kita sayang. Namun kita selalu mendekati perkara yang selalu merosakkan diri. Entah kenapa perkara ni jadi. Jika kita berada dalam keadaan yang menggembirakan, kita sukar untuk bersyukur. Kita sukar untuk memahami dengan jelas siapa dan apa sebenarnya di belakang kita. Kita tidak sedar siapa yang menjadi tulang belakang kita. Sukar untuk dijelaskan kenapa manusia jadi seperti ini. Mungkin betulla kata Dr Mahathir, kita mudah lupa.

Pada aku sendiri, aku masih tidak tahu ke mana haluan kita. Aku tidak tahu ke mana haluan masyarakat kita ini. Untuk diri aku sendiri, aku tidak tahu ke mana arah tuju aku. Sudah tentulah kita tidak dapat ramal masa depan. Kita bukanlah sesiapa yang dapat mengagak apa perubahan yang akan berlaku. Mungkin ini juga hakikat bahawa manusia berubah. Namun kita sekurang-kurangnya boleh mengagak sedikit apa yang akan terjadi apabila kita melihat situasi masyarakat sekarang. Bagaimana keadaaan sekarang? Pembaca boleh renungkan sendiri....

Namun, walau macam mana pun perubahan, kita akan kembali ke asalnya. Kita yang berada dalam kesusahan akan berfikir dan bermuhasabah tentang kesilapan yang telah kita lakukan. Kesedaran itu kadang-kadang akan kita peroleh apabila seseorang hampir meninggalkan kita. Contoh mudah, seorang bapa nazak dan meninggal dunia. Seorang kekasih cuba untuk memutuskan hubungan atas kesalahan kita. Atau ketika kawan-kawan baik akan pergi selamanya untuk menghadap Ilahi. Pada masa itulah kesedaran akan kita peroleh. Kesilapan yang lalu akan kita ingat. Malah, segala kenangan manis akan kita kenang. Bagaikan cahaya kebaikan datang ke dalam jiwa pada waktu itu.

Bagi aku secara peribadi, janganlah kita terus hanyutkan diri ke tengah lautan. Berada di tengah lautan yang tidak nampak mana daratnya. Apabila kita jauh , kita sukar untuk menyelamatkan diri. Malah, kita sukar untuk meminta bantuan daripada orang lain.

Yang paling penting, jangan sesekali lupa kepada orang sekeliling yang menyayangi kita. Peganglah mereka sebaik-baiknya. Insyallah merekalah yang akan membahagiakan kita.

Monday, December 12, 2011

thanx to u ladies n baby

Thanx kepada si dia kerana membenarkan aku menjadi seorang papa...haha

Dalam seharian aku menemani seorang gadis bersama anaknya 9 bulan...terasa menjadi seorang papa muda. Dalam hati ni berbisik, punyalah comel aku mendukung baby dan menolak kereta baby tu..tgk2 cermin,tgk muka baby tu...tibe2 terdetik jauh dalam hati yang aku dah bersedia jadi seorang bapak.

Malahan menemani seorang ibu muda yang jelita. Lunch sama2 dan diintai orang ramai. Semua senyum bagaikan kami adalah pasangan ideal.hahaha. STOP. Aku dah lebih sangat ni....

Kepada jejaka di luar sana, kepada sesiapa yang sudah berkemampuan dan sudah berpunya, dirikanlah masjid secepat mungkin. Buatlah perkara murni itu secepat mungkin. Berbahagialah dengan si dia. Enjoylah dengan hidup berkeluarga. Sudah tentu itu adalah kehidupan yang digalakkan dalam ISLAM.

Untuk aku sendiri, masih mencari diri aku yang selama ini hilang. Terkapai-kapai dalam kehidupan penuh tipu daya ni. Entah apa yang aku cari, ke sana, ke sini tapi masih tidak jumpa apa-apa yang membahagiakan.

Namun, aku pelajari sesuatu semalam. Seorang baby 9 bulan menyebabkan aku asyik dan sentiasa senyum. Aku buat macam anak aku sendiri plak walaupun baby tu sekejap nak, sekejap xnak dgn aku...hahaha
Bila difikirkan balik,mungkin itulah kehidupan yang aku inginkan. Tapi bila difikirkan dgn siapa? Hanya ALLAH saja yang tahu...

Thanx to u FATIN and QAIRA QALISYA.

Love u baby

Sunday, December 11, 2011

Tanah tercinta

Bermula dari zaman kesultanan Melaka,tanah bertuah ni terus menjadi buah mulut serata dunia. Dengan kekayaan hasil bumi, kestabilan politik serta keharmonian, tanah bertuah ni sentiasa diganggu anasir luar. Ape masalahnya semenjak dulu lagi tanah ini selalu beretakan. Saling bercakaran sehinggakan istana-istana di tanah ini selalu bergoncang. Disebabkan perpecahan, tanah ni selalu digadaikan kpd bangsa-bangsa luar. Portugis, British, Jepun, Belanda antara negara-negara yang hebat ketika itu.

Bila kita lihat Malaysia sekarang ni,aku mula rasa bimbang. Perpecahan sudah ketara. Masyarakat semakin bimbang dgn masa depan Malaysia tercinta ini. Anak muda semakin terhakis dgn asid-asid dari luar. Budaya semakin dipijak dan ditendang. Pegangan nenek moyang sudah tidak dihiraukan kini.

Aku mengenalpasti bahawa media adalah senjata utama yang memecahkan budaya sedia ada. Budaya luar diagungkan. Kita sememangnya masyarakat bodoh yg mudah terikut semuanya. KPOP, SKINHEAD, HIP HOP, dan semuanya menyebabkan kita menghakis budaya yg diagungkan nenek moyang kita.

Wahai Malaysia. Janganlah lagi kau memecahkan lagi masyarakat ni. Jgnlah lagi ko biarkan bumi bertuah ini dijejak bangsa penjajah. Biarlah masyarakat di luar tahu bahawa kita adalah negara yg hebat. Tolonglah kuatkan perpaduan kami. Tolong satukan kami. Tolong kuatkan kami mengatasi segala pembohongan dan kekalutan.

YA ALLAH. Kau tahu segalanya. Selamatkan kami dari segala kekeliruan. Bantulah kami atasi segala persengketaan. Peliharalah bangsa kami menjadi bangsa yg dihormati. Jauhkanlah kami dari masalah sosial kini.

AMINNNN....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...