Wednesday, February 27, 2013

kau farid

setiap yang ada pasti kan tiada

yg bernyawa akan sampai masaya...

jodoh, rezeki dan ajal adalah hak Dia..

aku tulis ni kerana mengenangkan permergian antaraa kawan baik ku ketika tadika, rendah dan menengah.. mungkin kenangan tersebut tidak banyak seperti orang lain.. tetapi sudah cukup untuk menggamit segala saat indah bersama arwah..

kelakar orangnyaa...

baik orangnya dengan kawan-kawan..

farid.. maafkan aku dan kawan-kawan yang lain kerana tidak membimbing tangan kau ketika kau susah

maafkan kami kerana tidak menyambut tangan kau apabila kau perlukan...

kadang-kadang aku rasa kekurangan seseorang bukan semata-mata kerana dia mmg kurang..
tatapi disebabkan orang sekeliling yang mengambil mudah kawan-kawan yang lain..

pabila dia pergi semua semua mengata. pui!

bila dia gelak2 ngan korang , semua sambut...

bila dia terseksa, gelisah, semua pergi jauh.. pui!

pape pon...takziah kpd kwn2 semua atas pemergian kawan baik kita...

sentiasa doakan roh nya... kerana dia kawan baik kita selamanya.



Ferhad - Pernah Lyrics

Friday, February 15, 2013

Ali

EXT. TEPI TASIK - SIANG

Ali duduk seorang diri sambil menjulurkan kakinya. Burung-burung berterbangan . Unggas kedengaran. Daun-daun melambai lembut.
Ali merenung jauh ke arah tasik. Bermacam-macam perkara yang difikir. Masalah keluarga, masa depan kerjaya yang tidak menentu dan pergolakan diri yang tiada kesudahan.

Monolog dalaman:

Bagaimana masa depan aku? Sudah terlalu lama rasanya hati ini bergolak. Segala sepi, segala gundah dan segala perit aku redah. Aku percaya setiap gua pasti ada cahaya. Aku yakin setiap luka pasti ada penawar. Dan aku tahu setiap rumah pasti ada pintu.

Keinginan bukan datang dari minda tetapi datang daripada nafsu hati.

Kemahuan bukan datang dengan sendiri tetapi datang daripada desakan hati.

Keperluan bukan datang daripada minda. bukan daripada hati. tetapi daripada kehendak persekitaran.

Tiada keinginan ketika ini dan tidak perlu dilayan kemahuan. Semuanya hidup disebabkan keperluan.

Apakah masa depanku. Apakah arah tuju ku.

Ali tersedar daripada lamunan. lalu Ali bingkas bangun apabila waktu sudah hampir gelap.

CUT TO



Saturday, February 9, 2013

Pergi By Aizat (OST Talentime)

Monday, February 4, 2013

jiwa yang takut


takut...
bukan berani..

bukan miskin yang aku takut
bukan binatang yang aku takut
bukan orang yang aku takut
bukan cinta yang aku takut
bukan kesempitan yang aku takut...

hitam yang ku terima 
gelap yang ku alami
sesak yang aku hadapi
tidak sehebat keinginan sebenarku

sakit yang aku rasa
kecaman yang ku dengar
rasukan yang ku hidap
tidak sehebat azam ku

biarlah ku resah
biarlah ku gelisah
tapi jangan biarkan ku sesal

bukan miskin yang ku risau
bukan binatang yang aku risau
bukan orang yang aku risau
bukan cinta yang aku risau
bukan sempit yang aku risau

tapi aku risau 
aku takut
tidak mendekati
tidak merasai
dan tidak...

mencium syurgaMu

Sunday, February 3, 2013

rossa ku

Kau bunga 
kau cahaya
membawa aku sentiasa di awangan....

kau bayu
kau siulan
mengasyikkan..
menenangkan..

aku sayang 
aku cinta 
aku rindu

aku akan pegangmu
wahai bunga rossa ku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...