Monday, April 25, 2011

SCHALKE 04- THE MENTAL DEFENDERS


K. PAPADAPOULOS

walaupun baru berusia 19 tahun, beliau sudah beberapa kali dimasukkan ke wad pesakit mental. namun keupayaannya untuk memeningkan pemain penyerang lawan diakui oleh lawan-lawan sebelum ini.

SAMUEL ETO dari INTER MILAN yang pernah ditewaskan SCHALKE 04 pada suku akhir mengatakan:

"apabila saya cuba untuk mengelecek bola melepasinya,dia sering mengejar dan memeningkan saya..lebih2 lagi apabila budak mental ni seringkali buat muka seperti ini....saya taubat taknak berjumpa dengan beliau lagi"

A. UCHIDA

SAMURAI JEPUN ini sudah beberapa kali cuba untuk membunuh diri beliau. Sahabat sahabatnya sering menasihati beliau supaya cepat2lah membunuh diri. Namun beliau mengatakan dia akan bunuh diri betul2 apabila pasukan SCHALKE 04 berjaya memenangi CHAMPIONS LEAGUE 2011. rasenya,memang dia tidak akan bunuh diri.

C. METZELDER

bekas pemain REAL MADRID ini sememangnya pesakit mental gak...ini disebabkan dia suka hubungan sejenis..lihat gambar di atas dengan teliti...
laporan sebelum ini mengatakan beliau dihalau daripada REAL MADRID disebabkan dia suka menganggu mat-mat jambu di sana seperti CASILLAS dan LASSANA DIARRA...
LASSANA DIARRA???=p

B. HöWEDES

walaupun baru berumur 23 tahun, beliau mendapat kepercayaan untuk mengemudi barisan pertahanan tengah. sememangnya berbakat besar apabila dapat mengekang barisan penyerang hebat AC MILAN dan INTER MILAN sebelum ini.
sesuatu yg pelik tentang beliau adalah beliau seringkali keluar malam pada malam bulan mengambang.....tidak diketahui sama ada membeli "ayam" atau bertukar menjadi serigala jadian. tu kena tanya SOKERNET lagi.

>>> apa2 pun barisan penyerang lawan nanti iaitu MAN UNITED perlu bekerja keras untuk merobek pertahanan mental seperti SCHALKE 04 nanti.



MAN UNITED-THE TOP DEFENDERS

RAFAEL

pemain pertahanan berbakat besar iaiut RAFAEL,dilaporkan mengalami kemurungan untuk menghadapi perlawanan menentang SCHALKE.kemurungan itu disebabkan beliau tidak pasti akan diturunkan oleh SIR ALEX FERGUSON. si kecik comel ni sememangnya kelam kabut,namun sikapnya tersebut membuatkan penyerang lawan pun kelam kabut..haha

dalam 2 3 tahun lagi, beliau pasti akan mendapat jawatan tetap di pertahanan kanan MAN UNITED. sama-sama kita doakan.

JOHN OSHEA


perathanan yang agak tenang,namun lembab untuk mengejar lawan.kelebihan fizikal menjadi kunci utama yg memungkingkan SIR ALEX FERGUSON memilih beliau untuk mengekang penyerang lawan.

PATRICE EVRA

si kecik hebat ni bakal memegang title LEGEND dalam 4 5 tahun lagi...tempatnya sebagai pertahanan kiri MAN UNITED sudah mencecah 5 tahun. kawan baik kepada PARK JI SUNG sememangnya langsung tidak tercabar walaupun FABIO DA SILVA cuba menyaingi kehebatan beliau. walaupun kadangkala muka agak serius,namun beliau memang lucu.

>>>>SILA LIHAT:

RIO FERDINAND

pertahanan paling tenang di ENGLAND,pasukan MAN UNITED memang memerlukan beliau. sebelum ini memegang lilitan kapten,namun diturunkan pangkat kerana kurang berprestasi dan sering cedera. lilitan tersebut diserahkan kepada yang lebih layak.
RIO FERDINAND diakui memang slow dan tak ganas macam VIDIC dan PUYOL,namun ketenangan beliau menyebabkan orang tua macam VAN DER SAR dan si VIDIC lebih tenang untuk bertahan.

>>> memang legend.

NEMANJA VIDIC

beliau akan mengemudi MAN UNITED ke final CHAMPIONS LEAGUE.lihatkan kepada gambar ini, seperti pilot yang bettanggungjawab membawa penumpang ke mercu kejayaan...cewahhhh

keganasan sering dilakukan beliau terhadap pemain lawan.sikap agresif mungkin membawa padah kepada MAN UNITED jika sikapnya tidak terkawal di dalam kotak penalti.
Beliau perlu lebih berhati2....bak kata,malang tidak berbau.





Wednesday, April 20, 2011

REAL MADRID-SUPER TEAM IN HISTORY je la...

Pasukan REAL MADRID atau dipanggil galaktikus ini sememangnya menjadi kebanggaan warga Madrid. dibarisi bintang-bintang bola sepak dari dulu sehingga kini.
untuk perlawanan separuh akhir menentang Barcelona, pasukan ini membariskan pertahanan pertahanan yang dianggap terbaik dunia..

RICARDO CARVALHO


pemain yg sememangnya sentiasa diharapkan jurulatih,JOSE MAURINHO,dibawa dari PORTO ke CHELSEA hinggalahke REAL MADRID.tidak diketahui apa kelebihan yg dimiliki beliau sebenarnya, namun beliau sememangnya seseorang yg sentiasa menjaga positionnya sebagai pertahanan.malahan,gambar di atas juga menunjukkan beliau kemungkinan ada tabiat pelik sesama jantina,tgkla kemesraan beliau sesama jantina,kemungkinan disebabkan itulah JOSE MAURINHO terlalu sayang untuk berpisah dengan dia.

RAUL ALBIOL

beliau merupakan seseorang yg bersopan santun,tidak seperti pemain pertahanan yg kurang ajar atau kasar seperti PUYOL atau VIDIC.Walaupun begitu,kekasaran yg dibuat oleh beliau pada perlawanan liga dengan BARCELONA tempoh hari mungkin boleh menyangkal dakwaan yg dibuat oleh aku ni.kekasaran di mana beliau menarik badan dan muka DAVID VILLA sehingga memberi penalti macam bukan menunjukkan dia sedang bermain bola.mungkin dia selalu buat macamtu ketika mewakili pasukan ragbi sekolah rendah dulu.

PEPE


PEPE sememangnya pilihan yg lebih baik sekiranya jurulatih memerlukan seorang pejuang berani mati di bahagian pertahanan.beliau membuktikan yg dia sememangnya berani mati apabila telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun untuk join AL QAEDA. jika lihat di gambar atas pun memang menunjukkan dia pernah berlawan dengan PUYOL yg super ganas tu di udara selama 5 jam...nak mati dah PUYOL tu dibuatnya(kalau x percaya,ce tanya SOKERNET..)

SERGIO RAMOS

barisan pemain BARCELONA yg jambu-jambu seperti bojan,messi,villa dan iniesta sudah tentu tidak perlu bimbang dengan RAMOS ni.ini kerana dia sudah mengisytiharkan yg beliau bukan gay. ini dapat dibuktikan dengan pemaparan gambar di atas. tak tahu gambar di atas gambar asli atau photoshop. tapi,kalau RAMOS digantikan dengan girl kat sebelah tu,mampuih tak jadi kerja INIESTA dengan DAVID VILLA. ate,asyik nak menyodok je kat tempat RAMOS tu..=p

MARCELO

bekas pelajar sekolah HENRY GURNEY ni sememangnya sukar untuk mengubah tabiatnya...iaitu mabuk coz minum.tgkla gambar,tgh main bola pun leh ajak minum lagi...kan dasyat tu...
uishhh....DAHSYATTTTTTTT...........

dalam perlawanan baru2 ni dengan BARCELONA beliau bagaikan boleh mengawal jogging amal yg dilakukan oleh MESSI.. dia seumpama seorang bintang pertahanan terunggul dunia apabila berjaya melilit MESSI dengan kecomelannya..

dengan barisan pertahanan yg dimiliki REAL MADRID ini,tidak mustahil sebenarnya BARCELONA akan laukkan lagi team ni 5-0 yg pernah dibuat pada awal musim..
pertahanan ni tak tersusun dan hanya mengharapkan serangan balas yg dibuat pemain penyerang.





ROAD TO WEMBLEY 2011



Sempena meraikan perlawanan-perlawanan separuh akhir Champions League 2011 pada minggu depan,eloklah kiranya aku buat sedikit perbincangan di sini...

aku akan membincangkan tentang keempat2 pasukan:
-REAL MADRID
-BARCELONA
-SCHALKE
- MAN UNITED

perbincangan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian pula:
1.penjaga gol
2.pertahanan
3.pemain tengah
4.penyerang

nikmatilah keunggulan keempat-empat pasukan hebat pada tahun ini....
>>>> posting selepas ini.

Tuesday, April 12, 2011

SELADANG VS KIJANG?

berdasarkan hikayat binatang-binatang purba,keunggulan si Seladang mengalahkan Kijang memang tercatat dalam sejarah.

malam ini menjadi saksi di mana sejarah telah berulang.

si Seladang yang masih muda darahnya berjaya memijak-mijak kijang yg sebelum ini berangan-angan ingin menjadi kuasa bola sepak di tanah milik Harimau Malaya.

Si Seladang yg dinamakanRazali Umar berjaya memikat kembali hati Seladang-seladang yg lain dengan gerakan pemusnahnya. Dengan kemasukannya,Kijang bagaikan terus berada di awang-awangan.1 assist dan 1 gol membuktikan terkaman Seladang Razali memang menggerunkan.

Mungkin Kijang-kijang beranggapan seekor kijang yg popular iaitu Kijang Apek mungkin berada di prestasi kurang baik. mungkin juga boleh menyalahkan pasangan kijangnya yg kurang memberi semangat pada malam semalam.=)

kijang-kijang,janganlah terbawa-bawa kesakitan ini ke alam mimpi,jadikanlah pedoman dan mengakulah Kijang sememangnya tidak layak berada di alam dewasa ini.

Thursday, April 7, 2011

KHUTBAH HARI NI

khutbah hari ni ada menyentuh tentang 2 perkara..
1. MENCARI JODOH
2.ELAKKAN PEMBAZIRAN

kat sini aku cuma ingin berkongsi dengan ape yg aku dengar...

carilah jodoh dari keturunan,kecantikan dan agamanya....tapi yang paling penting adalah agamanya..jika terjaga agamanya,nescaya rumahtanngga akan elok jadinya..
jika kita kurang iman,carikla seseorang yg boleh seimbangkan kekurangan itu...
bukan hanya kecantikan dan nafsu semata2,tapi ini penting agar anak-anak kita nanti dapat dijaga oleh mak bapaknya sebaik mungkin.

contoh mudah,air yg hitam kalau ditambah dengan air yg hitam,pasti hitam jua.\
tapi air hitam yg ditambah dgn air putih(bukan air susu),nescaya kuranglah hitam tu..
jangan sesekali fikirkan hidup yg sekarang ini.tapi fikirlah untuk masa depan,anak anak dan keturunan ko.

tentang pembaziran pulak,rezeki datang dariNya.rezeki yg diberikan haruslah digunakan sebaik2nya...aku ingat Rosyam Nor kate time interview dia: saya makan utk hidup,bukan hidup utk makan...itu adalah salah satu cth pembaziran...iaitu makan.
apatah lagi kalau duit dibazirkan dengan tukar2 kereta.keta mewah utk menjaga status dan sebagainya...

kehidupan sememangnya sementara.mungkin lepas 5 minit ni,kita akan mati,samaada sakit jantung,terjatuh tangga atau accident.kita x dapat jangka semua itu.

rezeki yg diberikan Allah sudah tentu diberikan utk kita beramal. bukan gunakan hanya utk diri sendiri,tapi pasti utk membantu yg memerlukan.kadangkala aku pun terlajak,duit ada RM5 je ni,kang bagi pengemis ni kang,aku xde duit plak..itu salah satu cth.mungkin korang pun pernah jadi mcm ni..
tapi kalau kepercayaan kita betul2 kuat bahawa rezeki dari Allah,dan Allah akan memurahkan rezeki kita jika kita memudahkan kehidupan org lain,pasti bahagia jadinya.

sekarang ni aku rase betul2 sempit,sempit tentang semua hal...aku mohon dipermudahkan.

assalammualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...