KUALA LUMPUR - Kekeliruan berhubung penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua minggu lalu berakhir dengan dia dikenakan pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.
Sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Asri, 38, dengan tegas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan mohon dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, Asri didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah daripada JAIS di kediaman No. 2, Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang dekat sini antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam 1 November lalu.
Asri didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selain turut menolak permohonan untuk menggantung kes itu sementara permohonan memindahkan kes didengar di mahkamah tinggi.
Sehubungan itu, Wan Mahyuddin menetapkan 5 Januari 2010 untuk perbicaraan dengan pihak pendakwaan memaklumkan, sepuluh orang saksi dijangka memberi keterangan.
Mahkamah turut membenarkan Asri dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin. Dua rakan Asri, Mohd. Md Sadik dan Mohd. Ismail Mirasa menjadi penjamin tokoh agama itu.
-sumber: kosmo 19November 2009
#aku x paham kenapalah benda ni jadi isu...dr Asri tu mengajar agama islam...tanpa tauliah je pun..1 malaysia tahu yang dia bekas mufti,kompemlah dia tu bijak bab2 agama ni...
kang kalau dia ajar agama kristian ke,Hindu ke..lagi jadi isu..so, pada pendapat aku, buang je lah tuduhan tu and settle luar mahkamah je..come on la,kecik nye hal...
so, fikir2kan and selamat beramal...
No comments:
Post a Comment