KEHARMONIAN perhubungan dua orang insan bercinta berlandaskan banyak faktor terutamanya kefahaman yang utuh. Sikap saling bertolak-ansur menjurus kepada perhubungan yang lebih sihat dan kekal lama.
Dalam hubungan pasangan suami isteri mahupun kekasih adalah penting mengenali suka duka dan pantang larang sesama sendiri supaya keintiman dapat diwujudkan secara spontan.
Jikalau golongan wanita mempunyai pantang tersendiri seperti lelaki perlu setia atau, kaum lelaki juga mempunyai topik sensitif sendiri.
Sememangnya lelaki penuh dengan ego tetapi wanita tidak harus mempermainkan ego mereka sehingga menjejaskan hubungan yang indah harmoni. Belajar memaksimumkan keegoan lelaki dalam cara positif untuk lebih memenangi hatinya.
* Elak menceritakan ada seorang lelaki yang secara diam meminati anda, apatah lagi jika lelaki tersebut adalah bekas kekasih anda.
* Membenci ibunya. Jikalau ada pun menyimpan perasaan kurang senang jangan terlalu vokal meluahkannya. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibunya. Jangan cuba menokoh tambah sebaliknya bertindak tenang. Jikalau ingin memberi komen utarakan hal-hal yang positif dan neutral sahaja.
* Hal kecurangan yang pernah dilakukan tanpa pengetahuannya. Ini akan menjejaskan kepercayaannya terhadap anda. Jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangannya terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
* Semakin usia lelaki bertambah, minat dalam kehidupan seksual mungkin tidak sehebat seperti pada awal perkahwinan dan mungkin juga ada perubahan. Jangan cuba membandingkan hal itu dengan kehebatan pada masa lalu.
* Elak menceritakan kecurangan sahabat anda terhadap suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian kelak dan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan cuba mengongkong atas sebab keselamatan hubungan bersama anda.
* Jangan membuat lelaki lemah semangat terhadap pekerjaannya. Jika satu hari dia mengeluh tentang majikannya yang bermasalah, maka sokong dan bantunya mencari jalan penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Lebih baik jangan bagi keputusan sebaliknya berilah dia pilihan.
* Cerai adalah perkataan yang paling harus dihindari walaupun berlaku perselisihan faham yang teruk. Berpisah atau bercerai adalah perkara yang jarang dimain-mainkan lelaki.
* Elak membanding pendapatan apatah lagi jika gaji anda lebih besar. Ini akan menyinggung perasaan si suami dan menjadi punca menimbulkan konflik dalam hubungan yang harmoni.
* Pertemuan bersama teman membuatkan anda membuka hati untuk berkongsi hal-hal persendirian. Elakkan menceritakan hal itu secara teliti kepada pasangan anda kerana lelaki tidak gemar kisah mereka dijaja.
*sumber sebenar daripada berita kosmo
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_04.htm
No comments:
Post a Comment