Saturday, January 29, 2011

KITA SEMUA DALAM KAWALAN

sedar atau x sedar?sesiapa yang pernah bermain fb,friendster,myspace,blog dan sebagainya kini dalam kawalan....kawalan siapa?itu aku x pasti...

aku merasakan internet dicipta bukan semata-mata untuk kemodenan dan merapatkan jurang antara satu sama lain..tapi bertujuan untuk mengawal masyarakat seluruh dunia...

maklumat diri anda, keluarga,bf/gf, dan kawan-kawan anda begitu mudah untuk diperolehi...
penipuan ini berjaya dilakukan dengan penuh tipu daya...dengan alasan kemodenan, kita semua mendedahkan maklumat diri,alamat, number phone dan sebagainya...cube korang taipkan something yang kena mengena dengan nama korang??nama pendek ker,nama panjang or alamat email ker....semua ni adalah satu cara yang memudahkan orang lain untuk mengenalpasti kedudukan,status dan sebagainya..sejauhmana polis atau pihak berkuasa yang lain mampu mengawal keselamatan kita...???mereka hanya akan bertindak apabila sesuatu telah terjadi...contoh rompakan,pembunuhan,kes rogol dan culik...

melalui pendedahan maklumat keluarga, gambar-gambar keluarga,sudah membolehkan penjahat-penjahat di luar sana mengejar korang...lagi-lagi golongan berada dan berkedudukan...
tidak hairanlah anak-anak orang kaya diculik dan diugut supaya menyerahkan duit tebusan...

malah, masyarakat antarabangsa juga boleh mendekatkan diri dengan kita melalui alam maya ni...mungkin disebabkan kita semua terlalu selesa dan seronok menyebabkan kita semua tidak bimbang dengan masalah yang wujud ni..keselamatan peribadi dan keluarga menjadi taruhan demi mengejar keseronokan dan kemodenan...

hmmm.....habis apa perlu kita lakukan??

tutup semua akaun di alam maya??

jangan guna email lagi...??

stop semua kemodenan??

tidak2...bukan itu yang aku cuba cadangkan....

tetapi kita semua perlu berwaspada dengan semua yang cuba kita dedahkan...kalau boleh, gambar2 di alam maya cuba diminimumkan...tak perlulah masukkan sampai 1000 gambar dalam akaun ko..dengan alasan member2 nak tahu kehidupan ko..ko bukan artis(atau mungkin ko nak jadi artis tapi x mampu)

kurangkanlah pendedahan tentang maklumat korang agar keselamatan korang dan keluarga dijaga sikit...& sudah tentu kita masih memerlukan pihak penguasa mengawal keselamatan kita...semoga kehidupan kita semakin baik, keselamatan kita dijaga dan keluarga kita selamat...

amin..

assalammualaikum...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...