Saturday, January 8, 2011

KOnsPirasi DuNia


pernah korang terdengar/terbaca/terlihat yang mengatakan dunia kini berada di hujungnya??
aku rasa dah ramai giler yang tahu tentang benda ini....
aku merasakan aku ingin post something yang berkaitan tentang konspirasi yang wujud di dunia ni, walaupon mungkin ramai yang dah tahu atau x tahu lagi...
**coz baru je habis mambaca buku tentang konspirasi galaktik,tulisan Muhammad Nurani Maarif..

Jika kita lihat keadaan dunia sekarang yang pelbagai ragam, cara ,bentuk dan masalah membolehkan kita mengaitkan ia tentang pengakhiran dunia(walaupon imam mahdi, Dajjal, dan Nabi isa belum muncul..)

1. awalnya, better kita melihat keadaan alam sekitar dan pemanasan global yang sering kali dibincangkan pakar-pakar seluruh dunia..(lagi2 berita kematian beribu-ribu burung dan ikan di AS)...pemanasan global yang dikaitkan dengan pembangunan global yang tidak terancang berpaksikan kemodenan menyebabkan bumi menerima padahnya. mengapa benda ini terjadi?? sudah tentu kerana ingin mengejar kemodenan semata-mata, unsur alam sekitar dan sebagainya tidak diendahkan oleh manusia yang sebenarnya ditugaskan sebagai khalifah..

2. kehidupan yang berkualiti yang berlandaskan aspek moral kini tidak dipedulikan... manusia hanya menerjah segalanya...(bagaikan pemain bola yang tackle pemain lain dan tidak mempedulikan akibatnya,walaupun mungkin mendatangkan kecederaan orang lain atau mengakibatkan dirinya mendapat kad kuning/merah)
kehidupan kini boleh digambarkan seperti perlawanan bola...kemenangan menjadi kiblat setiap pasukan...tidak kira apa cara sekalipun, permainan menarik seperti arsenal, kasar seperti Inter Milan, ataupon strategi penakut(bertahan) yang digunakan Manchester City...
manusia kini sanggup untuk menggadai maruah, menggadai keluarga , malahan menggadai agamanya sendiri....semata-mata mengejar kesenangan dunia...
manusia sentiasa membenarkan sikap masing-masing walaupon kadangkala menyedari bahawa jalan yang dipilih mereka tidak betul...
cth: kekayaan dan kehenseman seorang lelaki menjadi kepentingan ramai wanita kini untuk dijadikan seorang suami...walhal, keimanan seharusnya menjadi pokok utama..
alasan: untuk menjamin kehidupan si isteri dan anak-anak pada masa depan....terdapat bacaan yang mengatakan ada isteri-isteri yang membenarkan suami 'makan luar', janji kehidupan mereka diberikan kemewahan....
* ini yang harus dielakkan...

3. teringat kata-kata ini:
'jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah pemuda-pemuda masa kini'
aku merasakan jari-jemari ini tidak tahu apa yang harus ditaipkan...sebabnya, aku melihat dengan jelas keadaan pemuda kini...terutama di Malaysia.
mungkin aku boleh senaraikan sedikit pemuda-pemuda yang wujud sekarang:
-kaki judi/no ekor
-pemain-pemain PS2,PS3,dan sebagainya(yang menghabiskan banyak masa)
-nyah/bapok/tomboi/lesbian/gay.....(aku tahu ramai terasa nanti)
-rempit yang tiada wawasan..(ada gak rempit yang berwawasan..)
-penagih dadah/pencuri/perompak/kongsi gelap dll..
............dan banyak lagi golongan yang korang boleh fikirkan sendiri..
*aku mengharapkan ramai imam, saintis muda, pemikir muda, dan ahli sarjana akan diperbanyakkan untuk memajukan bangsa ini, negara malaysia dan sudah tentu agama islam.
*bayangkan setiap tahun di negara ini dapat lahirnya 10000 imam muda, 10000 saintis muda/arkitek/jurutera,10000 ahli politik muda(yang bukan mengamalkan korup) dan lain-lain yang diperlukan sebuah negara...sudah tentu kita semua dapat senyum dan membayangkan keadaan pada masa depan....tapi, kita tidak boleh senyum jika melihat kepada statistik jenayah yang ada kini, krisis sosial yang wujud dan bermacam algi melanda negara...

>>>>
berbalik kepada topik yang aku katakan tentang konspirasi yang wujud, dapatkah kita membayangkan bahawa semua masalah yang wujud ni bukan hadir dengan sendirinya... mungkinkah ia disebabkan suatu kuasa/komplot yang merancang semenjak zaman Rasulullah dan khalifah lagi....
jika berdasarkan sedikit tentang buku yang aku baca ni, dari dulu lagi masyarakat di luar sana(yahudi), sentiasa benci dengan kemajuan Islam...dan disebabkan satu hari yang ditunggu mereka(kemunculan dajjal), dunia dirancang penuh teliti untuk mengalami pelbagai masalah..
dunia kini dikecilkan melalui media massa dan Internet agar memudahkan mereka untuk menyebarkan propaganda dan jalan hitam yang ditunjuk mereka...cth mudah: video porno yang mudah didownload, berita murahan yang sensasi, pertunjukan dada-dada oleh para jelitawan dunia, dan sebagainya...

manusia dunia kini seakan-akan dibawa melalui satu jalan yang benar,penuh kemewahan dan kesenangan.....rasanya mungkin ramai yang berpandukan ayat ini, 'sekurang-kurangnya kita kena cuba sekali benda tu, baru tahu...' ataupon, 'muda-muda ni lah nak merasa,kang dah tua x dapat'....namun kita patut ingat pesanan dari Alllah S.W.T, 'jangan mendekati maksiat'..
(aku tidak ingin komen banyak tentang maksiat, sebab mudahnya, aku bukanlah orang yang berhak untuk menghuraikannya, cuma mengingatkan.....)
sudah tentulah Iblis dan Syaitan tersenyum melihat kemusnahan bangsa manusia yang ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini....

akhirnya, kita sebagai manusia haruslah kuat atau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan terjerumus ke dalam jalan yang ditunjukkan pihak konspirasi ini yang ingin menjahanamkan bangsa manusia ke arah kegelapan....amin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...