Saturday, February 19, 2011

RENUNGKAN SEJENAK.URMM

macamne la kalau benda ni jadi kat kita...

sama ada mak atau ayah kita pergi...kompem sedih giler.

budak-budak kecik ni terlalu mentah untuk mengenal pemergian seorang ibu..

dengan kasih sayang, belaian manja sebelum ni pergi meninggalkan mereka...

sebelum ibu dan ayah pergi, buatlah perkara yang terbaik untuk hepikan mereka..

dan jadilah anak-anak yg soleh dan solehah...amin

BESUT – Hasrat seorang ibu untuk pulang ke rumah selepas menjemput empat anaknya dari kelas mengaji al-Quran berkecai apabila dia maut manakala kesemua anaknya parah selepas kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Nyiur Tujuh dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu mengakibatkan Zubaidah Shamsudin (gambar), 31, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Besut. Allahyarham merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pangkalan Udara Gong Kedak berpangkat Sarjan Udara.

Empat anaknya, Amirul Syafiq Aidi Asma, 11, Ahmad Fitri Hakim, 5, Aminuddin Akmal, 9 dan Adam Hasif, 1, cedera dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Amirul Syafiq koma selepas cedera di kepala, Aminuddin dan Ahmad Fitri patah paha kanan manakala Adam Hasif retak tulang rusuk.

Difahamkan, sebelum kejadian, lima beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kem TUDM di sini melalui Kampung Raja. Jarak di antara rumah mereka dengan lokasi mengaji kira-kira 15 kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Zubaidah gagal dikawal sebelum terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

# artikel kosmo 19 FEB 2011

jom cuci mata..hihi

Monday, February 7, 2011

NAK MENULIS>>>

Selama korang hidup, aku sure korang akan keriangan dan ketawa besar apabila korang mengingatkan kembali peristiwa-peristiwa lawak,lawak bodoh,tak masuk akal dan gila babas masa zaman sekolah...lagi-lagi bila bersembang dengan ramai-ramai member....GILER BEST..

& korang akan senyum bila korang lihat gambar adik-adik korang yang comel bila kecik-kecik,tapi bila dah besar, dah x comel, lagi-lagi x hensem dan x lawa....(tambah lagi bila kurang ajar dengan korang...)

& korang pun akan sakit perut gelak bila korang melarikan diri dari tuan punya kedai runcit bila korang mencuri keropok yg 20/30 sen..haha(time tu sejuk giler, baru lepas mandi sungai,ditambah pulak tgh hujan time tu,menggigil siot......)

& korang kadang-kadang akan merasa sedih bila orang tersayang meninggalkan korang...x kisahla coz meninggal,putus cinta atau putus harapan..(heee)

tapi korang x dapat nak kongsikan keseronokan dan kesedihan korang tu sampai bila-bila...coz 1 hari nanti korang akan mampus..haha termasuk aku gak...

.....

...........

apa nak buat???

aku berfikir yang aku nak menulis tentang diri aku...dari zaman kecik sampailah sekarang ni.... peristiwa mandi sungai yang sebelah kubur cina, tentang member aku jatuh dalam parit, patah tangan coz dilanggar abang sendiri pakai basikal, dirotan pakai hanger coz orang tua aku x tahan dengan perangai aku..(haha)....biasela tu....

aku rase korang pon patut lakukan benda ni..tapi,aku bukan nak menulis dan postkan kat blog ni...coz aku x merasakan yg cerita-cerita tentang hidup aku perlu dihebahkan ke seluruh dunia...cukuplah sekadar aku berkongsikan kehidupan aku dengan orang yang tersayang....

mungkin untuk mak aku baca bila dia bosan-bosan...(barulah mak kita akan lebih memahami kita semua..)

mungkin aku nak bagikan kepada bini aku bace nanti,supaya dia tahu betapa bermakna dan seronoknya zaman kecik laki dia ni..haha

mungkin aku nak bagi kat abg-abg aku baca supaya mereka boleh faham hati dan perasaan adik dia yg sorang ni..haha(macam emo plak..)

kesimpulannya,aku nak menulis untuk orang tersayang disekeliling aku...supaya cerita kehidupan aku ni akan diketahui sampai bila2...cucu cicit aku pon boleh bace...

hmmm....kalaulah Hang tuah,Parameswara, boleh menulis buku tentang hidup mereka, mungkin aku akan dapat banyak inspirasi dari mereka....

NANTI KORANG SURUHLAH CUCU CICIT KORANG BELI BUKU PASAL AKU ERK....AKU NAK SURUH CUCU CICIT AKU JUAL NANTI...1 BUKU HARGA DIA RM50 JUTA..HAHA

ASSALAMMUALAIKUM>>>>

Sunday, February 6, 2011

CHELSEA VS LIVERPOOL

HUH!ADA SEJAM LAGI NI...

WALAUPUN AKU FAN MAN UNITED, TAPI AKU X SABAR NAK TENGOK GAME NI...
SEBABNYA,HARI NI XDE PAPE YG AKU BUAT SANGAT..SO,AHAD YANG MEMBOSANKAN BAGI AKU..NASIB BAIK ADA GAME NI...

APE YANG MEMBUATKAN AKU BERIA SANGAT NAK TENGOK GAME NI DISEBABKAN PERPINDAHAN 4 PEMAIN DALAM 3 TEAM NI....

TORRES DAN DAVID LUIZ KE CHELSEA

LUIZ SUAREZ & ANDY CARROLL KE LIVERPOOL

SO, HOPE GAME NI JADI GAME TERBAIK MINGGU NI..HAHA
JANGKAAN PERLAWANAN ADALAH 3-3...

ASSALAMMUALAIKUM>>>>

NIASHOPPE

BAGI GADIS-GADIS DI LUAR TU YANG MUNGKIN NAK MEMBELI BELAH BARANGAN PERIBADI, SILA KE :


niashoppe.blogspot.com



ADA TUDUNG,BEG TANGAN DAN BERMACAM LAGI....=)

Thursday, February 3, 2011

KEAMANAN>>

KEAMANAN merupakan perkataan yang bermakna untuk umat manusia...

Apa yang berlaku di Mesir memberikan banyak pengajaran kepada negara-negara yang lain untuk mengekalkan keamanan di negara masing-masing. Keamanan sudah tentu akan diperoleh apabila pemimpin-pemimpin berjaya menjaga,mengurus,mentadbir dan mengekalkan keharmonian yang ada.

Malaysia sememangnya merupakan negara yang bertuah. walaupun banyak cabaran, pemimpin kita berjaya membawa Malaysia ke satu dimensi yang baru. Mereka cuba membawa kita ke arah kebaikan yang lebih berguna kepada rakyat. Kebaikan tidak semestinya hanya berpaksikan kemodenan dan kemewahan bangunannya. Kebaikan terhadap sistem pendidikan,sosial dan pelbagai bidang lain sangat diharap setiap masyarakat.

Setiap manusia mempunyai kehendak dan perspektif sendiri. Bagi aku, tak perlu kemewahan dan kemodenan jika keamanan tidak dijaga. tidak perlu difikirkan kesenangan jika keharmonian diketepikan. aku mengharapkan kita saling memahami antara satu sama lain. tidak kira bangsa, agama, jantina dan status sosialnya. kita semua perlu lebih hormat-menghormati, bertolak ansur dan saling memaafi agar kita menjadi bangsa dan negara yang menjadi contoh kepada negara luar.

Akhirnya, marilah kita merenung nasib kita, sedarkan diri kita betapa pentingnya keharmonian antara kaum, betapa perlunya keamanan antara rakyat. lupakan segala sengketa, segala prasangka dan marilah kita ke depan.>>>

Fikirlah zaman kesusahan mak bapak kita di zaman jepun.

Renunglah kerosakan yang berlaku pada 19 Mei 1969.

Lihatlah berita yang menceritakan pergolakan di Mesir sekarang.

<<<>>>

Wednesday, February 2, 2011

AYAT SELEPAS KAWIN!!

AYAT SELEPAS KAWIN!!

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

artikel ni aku curik dengan kebenaran member facebook...thanx
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...