Apa yang berlaku di Mesir memberikan banyak pengajaran kepada negara-negara yang lain untuk mengekalkan keamanan di negara masing-masing. Keamanan sudah tentu akan diperoleh apabila pemimpin-pemimpin berjaya menjaga,mengurus,mentadbir dan mengekalkan keharmonian yang ada.
Malaysia sememangnya merupakan negara yang bertuah. walaupun banyak cabaran, pemimpin kita berjaya membawa Malaysia ke satu dimensi yang baru. Mereka cuba membawa kita ke arah kebaikan yang lebih berguna kepada rakyat. Kebaikan tidak semestinya hanya berpaksikan kemodenan dan kemewahan bangunannya. Kebaikan terhadap sistem pendidikan,sosial dan pelbagai bidang lain sangat diharap setiap masyarakat.
Setiap manusia mempunyai kehendak dan perspektif sendiri. Bagi aku, tak perlu kemewahan dan kemodenan jika keamanan tidak dijaga. tidak perlu difikirkan kesenangan jika keharmonian diketepikan. aku mengharapkan kita saling memahami antara satu sama lain. tidak kira bangsa, agama, jantina dan status sosialnya. kita semua perlu lebih hormat-menghormati, bertolak ansur dan saling memaafi agar kita menjadi bangsa dan negara yang menjadi contoh kepada negara luar.
Akhirnya, marilah kita merenung nasib kita, sedarkan diri kita betapa pentingnya keharmonian antara kaum, betapa perlunya keamanan antara rakyat. lupakan segala sengketa, segala prasangka dan marilah kita ke depan.>>>
Fikirlah zaman kesusahan mak bapak kita di zaman jepun.
Renunglah kerosakan yang berlaku pada 19 Mei 1969.
Lihatlah berita yang menceritakan pergolakan di Mesir sekarang.
<<<>>>
No comments:
Post a Comment