Tuesday, November 15, 2011

hati kita vs hati mereka

Kebanyakan kita pasti ada masalah semasa berkawan. Nak jaga hati dialah,dia ni la dan ramai lagi. Berkawan memang seronok, banyak perkara yang dilakukan bersama. Keseronokan tu kadang kala melebihi keseronokan ketika bersama keluarga mahu pun pasangan. Disebabkan keseronokan, hati yang sakit terpaksa dibiarkan supaya keseronokan bersama mereka akan berterusan. Contoh mudah, kita akan biarkan kita dibuli dan diperli supaya kita sentiasa akan dapat join mereka. Biar dimaki supaya kita akan berterusan buat perkara yang menggembirakan hati.

Kita sukar utk buat keputusan sama ada hati kita yg perlu dijaga atau hati org. Kalau lama memendam rasa nanti jadi gila dibuatnya. Kalau lepaskan member dah xde benda best nak dibuat. Ok. Korang fikirkan, semenjak dari kecik berapa ratus member dah korang ada? Berapa banyak bantuan dah yg korang dapat? Mungkin member yg baru kenal 2 3 hari lebih baik daripada member yg dah kenal lama. so disebabkan itu kita angkat member yg baik tu sebagai kenalan rapat kita. Tapi korang perasan tak, ni adalah pusingan dalam kehidupan kita. Kawan baik sentiasa berganti. Kawan untuk berseronok boleh dapat dalam masa seminit. Hati kita memang mudah untuk berseronok, namun apakah daya bila hati kita disakiti?

Berapa ramai kawan baik tu akan mengubati hati yg sakit tu? Mungkin 1/10 yg betul-betul memahami. Sgt mengecewakan sebenarnya bila sikit je memahami. Akhirannya, hati kita dibiarkan sakit. So, apa yg aku cuba tegaskan di sini hati kita tak mungkin dijaga oleh orang lain. Tu hakikatnya.

Bila perkara tu sebenarnya jadi, kenapa kita berterusan tidak mahu menjaga hati kita sendiri. Kenapa kita perlu membiarkan hati ni sakit padahal tiada siapa yg peduli. Contoh: kita pendamkan je perasaan bila rakan baik kita buat perkara yang memualkan mcm korek hidung kat kedai makan atau kentut depan orang ramai. SUCKSSS K. Sama ada ko sound dia atau ko biarkan kawan ko tu teruskan tabiat buruk dia. Itu pilihan korang.

Salam.

1 comment:

  1. kwn yg baik tu akan menegur kawan dia wlaupun bnda tu menyakitkan hati. Menjaga ati ada mcm2 cara. Semua org dgn attitude yg berbeza. Kalo bnda itu utk kebaikan, isu menjaga ati tu x timbul, menyimpan lebih bahaya, bole jd hipokrit.. mcm kes yg ko ckp psl kwn ko kentut dpn org, ko blh tgur dia tp secara private supaya dia x rs segan ditegur dpn org rmai.. kalo kena caranya ia xkn jd mslh besar.. setiap mslh ada solution.. dia nk terima atau x trpulang.. bnda boleh bincang elok2.. kwn baik sndiri boleh bergaduh, ada bgusnya sbb dr bergaduh tu la kita boleh paham dia mcm mana.. Aku dgn kwn2 baik aku main tgur je kalo antara kami ada yg wat silap.. kena kurgkn ego n admit. sekian.. lol

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...