Kehidupan mengajar kita tentang menghargai sesuatu yang kita sayang...Semua yang ada ketika ini pasti akan pergi satu hari nanti. Itu adalah hakikat kehidupan. Datang dan pergi.
Kita selalu tak sedar apa yang patut kita sayang. Namun kita selalu mendekati perkara yang selalu merosakkan diri. Entah kenapa perkara ni jadi. Jika kita berada dalam keadaan yang menggembirakan, kita sukar untuk bersyukur. Kita sukar untuk memahami dengan jelas siapa dan apa sebenarnya di belakang kita. Kita tidak sedar siapa yang menjadi tulang belakang kita. Sukar untuk dijelaskan kenapa manusia jadi seperti ini. Mungkin betulla kata Dr Mahathir, kita mudah lupa.
Pada aku sendiri, aku masih tidak tahu ke mana haluan kita. Aku tidak tahu ke mana haluan masyarakat kita ini. Untuk diri aku sendiri, aku tidak tahu ke mana arah tuju aku. Sudah tentulah kita tidak dapat ramal masa depan. Kita bukanlah sesiapa yang dapat mengagak apa perubahan yang akan berlaku. Mungkin ini juga hakikat bahawa manusia berubah. Namun kita sekurang-kurangnya boleh mengagak sedikit apa yang akan terjadi apabila kita melihat situasi masyarakat sekarang. Bagaimana keadaaan sekarang? Pembaca boleh renungkan sendiri....
Namun, walau macam mana pun perubahan, kita akan kembali ke asalnya. Kita yang berada dalam kesusahan akan berfikir dan bermuhasabah tentang kesilapan yang telah kita lakukan. Kesedaran itu kadang-kadang akan kita peroleh apabila seseorang hampir meninggalkan kita. Contoh mudah, seorang bapa nazak dan meninggal dunia. Seorang kekasih cuba untuk memutuskan hubungan atas kesalahan kita. Atau ketika kawan-kawan baik akan pergi selamanya untuk menghadap Ilahi. Pada masa itulah kesedaran akan kita peroleh. Kesilapan yang lalu akan kita ingat. Malah, segala kenangan manis akan kita kenang. Bagaikan cahaya kebaikan datang ke dalam jiwa pada waktu itu.
Bagi aku secara peribadi, janganlah kita terus hanyutkan diri ke tengah lautan. Berada di tengah lautan yang tidak nampak mana daratnya. Apabila kita jauh , kita sukar untuk menyelamatkan diri. Malah, kita sukar untuk meminta bantuan daripada orang lain.
Yang paling penting, jangan sesekali lupa kepada orang sekeliling yang menyayangi kita. Peganglah mereka sebaik-baiknya. Insyallah merekalah yang akan membahagiakan kita.
Semoga semuanya akan bahagia...
ReplyDeleteInsyallah... :')