Thursday, June 7, 2012

sorry

pada waktu ini,hati terasa sayu....sayu dengan segala yang aku rasa ketika ini.
perasaan yang entah apa, aku pun x fhm.

aku sedar banyak salah aku dah buat kepada manusia. banyak salah aku dah buat terhadap haiwan. banyak salah aku dah buat kepada alam sekitar . dan yang paling penting perasaan bersalah kepada tuhan yang satu,ALLAH.

kesalahan yang aku buat bukan sedikit. dosa yang aku dah lakukan bukan dikira sejambak atau secubit. tapi dosa-dosa yang aku dah buat seluas lautan. lautan yang sentiasa berombak . sedangkan nabi kita dosa yang sekecil-kecil pun telah diseksa oleh ALLAH time nak dijadikan nabi. inikan pula aku yang manusia biasa bergelumang dengan dosa sejak aku dari sekolah rendah mungkin.

lawan cakap family, menyusahkan orang,mencuri dan macam-macam lagi sememangnya akan dibalas dengan balasan yang dahsyat. solat selalu tinggal, mengaji entah ke mana sudah memastikan yang aku akan menjadi penghuni neraka nanti. namun aku berdoa yang dosa-dosa aku dapat diampunkan. amin

dunia ni dah menempuh beribu-ribu tahun. pelbagai cerita sejarah yang kita dengar dan pelbagai maklumat yang kita faham. tapi semua ilmu yang diajar tidak pernah kita faham dan belajar. kita hanyut dengan semua permainan dunia ni,termasuk aku. mungkn dari dulu lagi aku mencari diri aku,mecari entah sampai ke mana tapi aku masih tidak mengerti akan diri aku ni...

jauh dalam diri aku,aku tidak pernah mengimpikan BMW,BANGLO,dan semua kemewahan yang ada di dunia ni. cuma tertarik tapi tidak ingin miliki. sebab kemewahan itu tidak berbaloi untuk aku. (mungkin aku cakap sebab aku tak pernah miliki pun) . aku kesian dengan orang-orang di sisi, family aku dan si dia. mengharap sesuatu yang baik daripada aku tapi tidak apa yang dapat aku bagikan sehingga sekarang.

sejujurnya aku tidak kisah dengan diri aku. aku tak kisah dengan apa yang aku pakai, apa yang aku tunggang dan tak kisah dengan cara kehidupan aku yang kadang-kadang membuatkan orang lain jengkel bila tengok aku. aku tak kisah. sebab aku adalah orang seperti itu. aku  tak amek port melainkan benda itu menyakitkan hati mereka. kalau dah sakit hati sangat,aku akan cuba berubah untuk mereka,bukan untuk aku.

posting ini bukan semata-mata untuk luahan hati dan dedikasi(pui!)...tapi lebih kepada peringatan kepada orang di luar sana. janganlah lagi kita bermimpi, hiduplah dalam realiti. dunia dah nak tamat. jagalah diri sendiri,keluarga dan orang tersayang. sebabnya apa, aku takut jika kematian meragut kita sebelum waktunya. aku minta maaf kepada si gadis, kau adalah someone yang tidak akan diganti dengan sape2. percayalah jika kau pergi sebelum waktunya, aku tidak akan ada perasaan cinta terhadap gadis yang lain, mungkin cuma nafsu semata-mata. kerana perasaan cinta yang ALLAH bagikan kepada aku terhadap kau adalah sesuatu yang tak mungkin dicari ganti. thanx to u.    
kepada ibu dan keluarga, maafkan aku untuk semua salah yang aku dah buat.

tolong maafkan aku dunia.

.....hhh    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...