Tuesday, November 20, 2012

NOAH Feat.Momo Geisha - Cobalah Mengerti.mp4



lagu ni memang merangsang adrenalin aku...


Aku tak kan pernah berhenti
Akan terus memahami
Masih terus berfikir
Bila harus memaksa
Atau berdarah untukmu
Apapun itu asalkan
Mencoba menerimaku
Dan kamu hanya perlu terima
Dan tak harus memahami
Dan tak harus berfikir
Hanya perlu mengerti
Aku bernafas untukmu
Jadi tetaplah di sini
Dan mulai menerimaku
Reff:
Cobalah mengerti
S’mua ini mencari arti
Selamanya tak kan berhenti
Inginkan rasakan
Rindu ini menjadi satu
Biar waktu yang memisahkan

Sunday, November 18, 2012

biarlah cahaya


sayang
kau tak akan mengerti
rasa dalam hati ini
getaran jauh di hati ini
sakitnya
rimasnya
meronta-ronta untuk mengubah sang warna

pokok memanggil
bayu menyentuh
hilangnya jiwa tanpa sabarmu
koyaknya minda dengan serumu

pintaku sentiasa dalam hatimu
cintaku selalu bersamamu
namun saat dan minit menerajang jiwaku
rontaan dan larianku tidak sekuat bayu

bantulah jiwa
bantulah hati
peganglah jiwa
genggamlah hati

lemparkan aku terus ke longkang hidup ini
biar janji ditonton
biar dunia ditonton
biar sakitnya si kecil ditonton
biar terbenamnya neraka ditonton

biarkan aku dengan longkangku.
namun jangan lepaskan dirimu.
biar malam untukku.
biar cahaya bersamamu.
biarlah cahaya menggembirakanmu.

Friday, August 3, 2012

SEMANIS AROMA BUFFET RAMADHAN DI UPM, SERDANG

aku tak perlu cite banyak...

korang tengok dan siap2 lah untuk pergi ke sana..

orang kata bulan puasa ni jangan makan banyak2,tapi ada aku kesah?? hahahhahaha










ini maklumat tentang buffet tersebut:




Nikmati juadah berbuka puasa bertemakan ‘Aroma Buffet Ramadhan’ di Dewan Banquet UPM, Serdang mulai  23 Julai hingga 16 Ogos 2012 bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Bagi pelanggan yang pernah berkunjung ke Restoran MAEPS Serdang,  restoran tersebut telah berpindah tempat ke Dewan Banquet UPM, Serdang. Diuruskan oleh D’Kayangan Buffet Steamboat yang berkecimpung dalam bidang pemakanan dan minuman  lebih daripada 15 tahun pengalaman. D’Kayangan dikenali sebagai salah satu panel katering untuk dewan-dewan terkemuka di Putrajaya dan mempunyai rangkaian restoran steamboat di Shah Alam. Chef-chef bertugas yang berpengalaman lebih daripada 25 tahun bergabung dalam menyediakan juadah-juadah yang enak.

Dewan yang dilengkapi dengan penghawa dingin ini amat selesa dikunjungi dengan ruang yang mampu menampung seramai 2000 orang pada satu masa yang sama. Anda tidak perlu risau untuk memarkir kereta kerana di disini kawasan untuk parkir kereta ada disediakan dan mencukupi. Surau juga tersedia dan cukup selesa untuk menunaikan solat bagi umat Islam.

Dewan berprestij yang dihias cantik ditambah dengan alunan irama Seri Mahligai Ghazal akan menemani anda sepanjang anda menikmati juadah berbuka puasa dan ini akan memberikan anda satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Hidangan ini bermula dengan pembuka selera seperti Ulam-ulaman Tempatan , Kerabu Pucuk Paku, Jelatah Timun Nenas, Kerabu Mangga, Kerabu Perut Berbawang, Pecal Bali, Gado-gado, Telur Asin, Ikan Sepat Masin, Ikan Masin Merah Bersambal dan Ikan Bilis Bertempe.

Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini  juga amat menarik dengan  sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat seperti  seperti Ayam Percik Negeri Sembilan, Daging Reneh bersama Sayur-sayuran, Ikan Salai Lemak Cili Api, Udang Sambal Petai, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Tomyam Seafood, Thai Green Curry, ‘Lo Han’ Vegetables, Lamb Mysoor, Tandoori Fish dan macam-macam lagi.

Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung  Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan berbaloi bagi seisi keluarga untuk bertandang ke Semanis Aroma Buffet ini. Harga bagi orang dewasa hanya RM 49.50 nett, kanak-kanak yang berusia 7 – 12 tahun RM24.50 nett, anda boleh berbuka puasa dengan juadah yang pelbagai dalam suasana yang berbeza.

Pakej-pakej yang menarik juga disediakan bagi kumpulan-kumpulan yang ingin menyambut keraian atau berkumpul  beramai-ramai sempena berbuka puasa dan beramah mesra. Bagi kumpulan yang hadir melebihi 10 orang, 10 % diskaun akan diberikan. Tempahan bagi majlis-majlis korporat, alumni, dan lain-lain juga boleh dibuat.

Anda boleh melayari laman Twitter @AromaBuffet dan juga Facebook ‘Ramadhan Buffet MAEPS’, ‘LIKE’ page tersebut untuk mendapat sebarang maklumat dan juga promosi yang akan ditawarkan. Untuk mengetahui maklumat lanjut atau membuat tempahan hubungi 012-390 3191/ 012- 384 9091/ 012 – 313 1091 dan 012 – 382 5091.


atau, korang leh pergi ke FB: https://www.facebook.com/AromaBuffet










Wednesday, June 13, 2012

Skyscraper (Acoustic cover by Suhaila Saadon)



***saje nak suruh korang enjoy this video...suhaila saadon.

DILEMA MASA KINI

masa bergerak pantas.

hidup semakin tertekan.

kalau dilihatkan situasi sekarang ni, kita semakin terdesak untuk mendapatkan kepuasan dalam hidup. kita perlukan wang,kereta,motor besar, rumah hebat, awek cute dan bermacam lagi. kalau zaman kanak-kanak masa tu bagaikan mainan bagi kita. kita sering banyak masa terluang yang boleh dikongsikan dengan teman-teman. sekarang ni dah xde smua benda tu. sekarang ni masa pula yang mempermainkan kita. kita sentiasa mengejar masa, ke sana sini sibuk dengan perkara yang kita cita-citakan. 
kalau ditanya kepada aku apa yang aku bz kan,...hurmmm...baik xyah tanya...damn!

manusia semakin terdesak untuk mendapatkan kenderaan, berkahwin dan membeli rumah.itu 3 perkara utama sekarang ni.
kereta 100K, kahwin 20K dan rumah 230K(PALING MURAHLA NI). jumlah 350K.




setiap bulan kalau ko bayar RM1000, ko perlukan 350 bulan untuk bayar semua ni. means, ko berhutang hampir 30 tahun. kalau umur ko 20 tahun sekarang, ko akan settle hutang ko tu pada umur 50 tahun. alhamdulillah, pada umur tu, korang dah ada semua keperluan yang menjadi perkara asas sekarang ini.

aku berfikir sejenak, kalaulah perkara tu kita dapat kurangkan.
kereta 10k,kahwin 5k dan rumah 50k. jumlah cuma 65k
setiap bulan ko bayar rm1000, dan dalam tempoh 65 bulan yakni 5 tahun ko akan settle semua hutang ko. tapi,ko akan cuma dapat ini.



bila dibandingkan, semestinyalah anggaran 98% tu pilih yang best dan mewah. (2% tu orang bodoh mcm aku yg nak)...kita telah dibebankan dengan wang. kal dulu kita boleh kata yang wang bukan segalanya,tapi ramai dah tukar ayat tu bahawa wang adalah segalanya sekarang. 
dan ada yang bertanya, ko ingat ko xde duit, ko boleh bagi bini ko makan cinta.?duit adalah segalanya sekarang la bro...
kalau ada orang tanya kat aku benda tu, aku jawab butoh pak hang! jangan tanya!
taste aku jauh lagi baik.......WTF



Sunday, June 10, 2012

sempena EURO 2012

selepas 3 hari perlawanan EURO 2012,yakni selepas perlawanan2 kumpulan c, aku menjangkakan 4 pasukan yang akan ke separuh akhir nanti.

dalam kumpulan A, mungkin ramai dah menjangkakan yang RUSIA akan sekali lagi ke separuh akhir.
ini disebabkan pemain-pemain mereka dah lama bersama ditambah pula dengan bintang muda, ALAN DZAGOEV dan brother ROMAN SHIROKOV. pada suku akhir dijangka pasukan ini akan berjumpa dengan naib juara kumpulan B,sama ada Denmark ataupun NETHERLAND. tapi tak kisahla, RUSIA pasti akan ke semi final berjumpa dengan SPAIN.




dalam kumpulan B pula, dikatakan kumpulan maut,semangat ukhuwah yang kuat antara pemain pasti akan membantu GERMAN untuk ke semi final nanti. walaupun dalam kumpulan maut, persembahan mantap yang diberikan MESUT OZIL, MARIO GOMEZ dan KLOSE pasti memudahkan mereka.





dalam kumpulan C pula,walaupun seri dengan itali 1-1, SPAIN pasti akan menjuarai kumpulan. dengan gandingan pemain-pemain terbaik dunia, campuran pemain BARCELONA dan REAL MADRID, Spain pasti akan ke separuh akhir. gandingan XAVI-INIESTA, DAVID SILVA yg awesome dan CASILLAS yang mahahebat pasti membantu mereka.




**itu bukan CASILLAS, tapi SARA CARBONERO,awek dia...

dalam kumpulan D pula, dijangkakan PERANCIS akan menjuarai peringkat kumpulan. dengan kemantapan BENZEMA ketika ini, dibantu Ribery dan NASRI di tepi pasti membantu mereka menjuarai kumpulan D.
walaupun ENGLAND dikatakan dapat menewaskan mereka, bagi pendapat aku, mereka pati menjuarai kumpulan ni.





dijangkakan suku akhir:

RUSIA vs DENMARK/BELANDA

GERMANY vs CZECH REPUBLIC

SPAIN vs ENGLAND/SWEDEN

FRANCE vs ITALY/CROATIA

dan SEPARUH AKHIR pula: 

RUSIA vs SPAIN

GERMANY vs FRANCE

FINAL???

SPAIN vs GERMANY/FRANCE

***korang nak kata aku tak betul,ada aku kesah....hahahahha

Thursday, June 7, 2012

sorry

pada waktu ini,hati terasa sayu....sayu dengan segala yang aku rasa ketika ini.
perasaan yang entah apa, aku pun x fhm.

aku sedar banyak salah aku dah buat kepada manusia. banyak salah aku dah buat terhadap haiwan. banyak salah aku dah buat kepada alam sekitar . dan yang paling penting perasaan bersalah kepada tuhan yang satu,ALLAH.

kesalahan yang aku buat bukan sedikit. dosa yang aku dah lakukan bukan dikira sejambak atau secubit. tapi dosa-dosa yang aku dah buat seluas lautan. lautan yang sentiasa berombak . sedangkan nabi kita dosa yang sekecil-kecil pun telah diseksa oleh ALLAH time nak dijadikan nabi. inikan pula aku yang manusia biasa bergelumang dengan dosa sejak aku dari sekolah rendah mungkin.

lawan cakap family, menyusahkan orang,mencuri dan macam-macam lagi sememangnya akan dibalas dengan balasan yang dahsyat. solat selalu tinggal, mengaji entah ke mana sudah memastikan yang aku akan menjadi penghuni neraka nanti. namun aku berdoa yang dosa-dosa aku dapat diampunkan. amin

dunia ni dah menempuh beribu-ribu tahun. pelbagai cerita sejarah yang kita dengar dan pelbagai maklumat yang kita faham. tapi semua ilmu yang diajar tidak pernah kita faham dan belajar. kita hanyut dengan semua permainan dunia ni,termasuk aku. mungkn dari dulu lagi aku mencari diri aku,mecari entah sampai ke mana tapi aku masih tidak mengerti akan diri aku ni...

jauh dalam diri aku,aku tidak pernah mengimpikan BMW,BANGLO,dan semua kemewahan yang ada di dunia ni. cuma tertarik tapi tidak ingin miliki. sebab kemewahan itu tidak berbaloi untuk aku. (mungkin aku cakap sebab aku tak pernah miliki pun) . aku kesian dengan orang-orang di sisi, family aku dan si dia. mengharap sesuatu yang baik daripada aku tapi tidak apa yang dapat aku bagikan sehingga sekarang.

sejujurnya aku tidak kisah dengan diri aku. aku tak kisah dengan apa yang aku pakai, apa yang aku tunggang dan tak kisah dengan cara kehidupan aku yang kadang-kadang membuatkan orang lain jengkel bila tengok aku. aku tak kisah. sebab aku adalah orang seperti itu. aku  tak amek port melainkan benda itu menyakitkan hati mereka. kalau dah sakit hati sangat,aku akan cuba berubah untuk mereka,bukan untuk aku.

posting ini bukan semata-mata untuk luahan hati dan dedikasi(pui!)...tapi lebih kepada peringatan kepada orang di luar sana. janganlah lagi kita bermimpi, hiduplah dalam realiti. dunia dah nak tamat. jagalah diri sendiri,keluarga dan orang tersayang. sebabnya apa, aku takut jika kematian meragut kita sebelum waktunya. aku minta maaf kepada si gadis, kau adalah someone yang tidak akan diganti dengan sape2. percayalah jika kau pergi sebelum waktunya, aku tidak akan ada perasaan cinta terhadap gadis yang lain, mungkin cuma nafsu semata-mata. kerana perasaan cinta yang ALLAH bagikan kepada aku terhadap kau adalah sesuatu yang tak mungkin dicari ganti. thanx to u.    
kepada ibu dan keluarga, maafkan aku untuk semua salah yang aku dah buat.

tolong maafkan aku dunia.

.....hhh    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...