Tuesday, April 17, 2012

Love 4

Kalau ditanyakan kepada pakar-pakar cinta tentang permasalahan yang ada, sudah tentu kita dah lali dengan jawapan tentang tolak ansur, kesabaran, keserasian, saling memahami dan bermacam lagi.
Pernah ke mereka memberikan jawapan yang lain, ataupun sesuatu yang kita sendiri tak pernah fikirkan? Jika kita search di internet pun, jawapan yang kita sudah tahu sebenarnya yang akan keluar. Tips kebahagiaan,tips mengenal cinta dan tips merangsang antara satu sama lain selalu kita baca. Semua sama.boring...

Aku bagi satu situasi. Kalau pasangan kita timbulkan satu konflik, baru seminggu couple tapi dah banyak komplen pasal diri kita. Dari segi pakaian, penampilan dan cara memandu,semuanya dikomplen,ada je x kena...nasihat aku,BLAH NOW!

Situasi lain, baru seminggu couple dah tak percaya,keluar dgn dia x boleh, keluar dgn adik bising, keluar jalan2 dgn anjing pun x boleh, nasihat aku, BLAH!

Situasi lagi normal dan sgt biasa. Baru seminggu couple dah check2 telefon,dah tanya2 sms sape,telefon sape,keluar dgn sape, WTF??? Better run and run and run..

ORRRR....
Baru couple seminggu dah menyatakan yang dia benci salah seorang member or family kita.
Nasihat aku: just kick ur stupid donkey!

Bagi aku dalam tempoh seminggu tu sebenarnya kita dah boleh agak perangai seseorang tu mcmne.... Kadang-kadang kita terima nasihat supaya bersabarlah, lama-lama nanti dia akan berubah bila dia dah faham ko..bagi aku,tu semua dah x boleh pakai. Why not pasangan kita tu berubah sebelum couple? Kenapa kita percaya dia akan berubah bila couple dgn korang? U think u realy good enough to change someone else??! BULLSHIT!

Korang pasti persoalkan mana kita nak carik someone perfect mcmtu...jawapannya mudah. Korang pasti akan jumpa jodoh korang bila sampai waktunya. Kita perlukan pasangan bukan utk seks, bukan untuk menyusahkan atau memeningkan. Tapi kita perlukan pasangan untuk berkongsi perasaan cinta, berkongsi kehidupan, untuk disayangi dan menjadikan hidup kita lebih mudah. Berpasangan dan mempunyai hubungan sebenarnya sangat mudah bagi aku. Bagaikan makan pop corn sambil tgk wayang. Macamtu la sbnarnya. Bukan bermaksud tidak serius, tapi sambil kita menghayati kehidupan ni(tgk wayang), ada seseorang(pop corn) yang buat kita rasa best dan bahagia. Tidak kiralah filem tu filem seram, romantik, komedi or aksi, dengan adanya pop corn, semua filem kita akan tengok...hahahaha

Bila korang tanya lagi sama ada aku serius atau x, jawapan aku, aku serius! Aku sanggup mati untuk dia. Berpasangan bukan untuk memeningkan,tapi menyenangkan.
Aku pernah mencintai ex-gf aku sebelum ni.aku x pernah bergaduh dgn dia sepanjang 6 bulan kami bersama. Akhirnya putus atas desakan keluarga dia. Apa nak buat? tenang dan easy... :)

I tell you this! U will get ur true love. Just believe it and kick anyone who makes you cry.
People always said love is complicated. But,look at star... They still shining for you. U will get the true one!

Friday, April 13, 2012

WARNA IDAMANKU

Warna sememangnya melambangkan sikap seseorang...yg putih ditafsirkan bersih dan suci.manakala yg hitam dianggap kotor dan jahat. Hijau,biru dan merah pula memberikan tafsiran yang pelbagai. Kehidupan membentangkan seribu satu persoalan. Pahit manis pasti akan ditempuh lalu mengubah warna seseorang. Kita tidak akan senantiasa putih, malah tidak akan selamanya hitam. Putih boleh menjadi gelap dan hitam boleh berubah lebih terang. Bagaikan satu roda yang meniti di satu titian, sentiasa berubah. Aku selalu inginkan berada di tempat pelangi. Warna yang pelbagai dan menarik lalu menarik perhatian segenap orang. Aku suka menjadi daya penarik yang boleh buat orang tersenyum.

Aku tidak sesekali ingin berada di puncak bukit di mana semua orang sentiasa bersaing untuk sampai ke puncak. Puncak bukit adalah tempat yang sangat berisiko untuk aku. Aku tidak ingin berada di kalangan tersebut di mana semua berusaha ke sana lalu menikam satu sama lain, menolak mereka yang lemah, memulau mereka yang bersendirian dan mengguna semua cara untuk berjaya. Malahan, aku tidak mahu berada bersama masyarakat di puncak bukit, apabila sudah ramai, pasti ada puncak lain yang ingin dikejar. Bagi aku,itu adalah warna yang sama. Warna yang tidak membezakan sesiapa pun. Semua adalah warna yang sama.

Sudah semestinya, laut adalah tempat yang sesuai untuk aku. Walaupun hujan,panas mahupun ribut, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk harunginya. Aku tidak mahu pokok untuk berteduh. Aku tidak mahu kayu untuk dibuat rumah. Aku suka untuk memilih jalan tanpa melihat kompas. Aku suka belayar tanpa merujuk buruj-buruj di langit. Biarkanlah aku mencorak warna-warna aku sendiri.

Biarlah aku bertemu raksasa laut sekali pun,jangan sesekali kau hulurkan kapal perang.
Biarlah bocor sampan aku,jangan sesekali kau campakkan pelampung untukku.

Biarkan ku ke hujung lautan, menemani sang pelangi selama mungkin.
Biarkan ku teruskan jalan, melihat segala keindahan di lautan.

Bentanglah laut, hamparkan bintang, campaklah hujan, tiuplah angin, keluarkan raksasa, panahlah halilintarmu...

Dugalah aku, cabarlah aku supaya aku jadi pahlawanmu.
Hentakkan kepalaku, terajanglah kakiku agar kuat hatiku.
Goncanglah tanah, tunjukkan tsunamimu agar kuat imanku.
Keluarlah tenteramu, di belakang lalu bantuku mencapai pelangimu.

Cantikkanlah warnaku bak pelangimu, biar burung-burung lihat dan terpesona padaku..

Wednesday, April 11, 2012

love 3

Cinta antara manusia memang banyak dugaan.Cinta antara manusia tidak perlu ada paksaan,kesakitan dan keperitan. Kadang-kadang kita mudah lupa tanggungjawab kita antara satu sama lain. Dan selalunya kita terlepas pandang kenapa si dia hadir dalam kehidupan kita.

Aku bertuah kerana memiliki si dia yang sangat memahami. Sangat menawan hati. Malah, aku bertuah kerana dipilih di kalangan berjuta-juta golongan adam. Perlu diakui ketika permulaan bercinta(zaman muda), perasaan sentiasa membuak2, nafsu selalu meronta-ronta. Segala keinginan seringkali menjadi keperluan masa tu. Padahal apa yang diingini ketika tu memang tidak diperlukan sebenarnya.cuma membuang masa. Buang masa dengan ketidaktentuan.

Bila kematangan tiba, semua menjadi mudah. Stress kurang. Masa diatur sebaik mungkin,sebab time muda remaja masa tu kadang-kadang masa tu dibuang begitu je. Dating,dating dan dating. Sampai lupa tanggungjawab kita sebagai pelajar, anak dan seorang muslim. Perlu diakui jugak, zaman remaja adalah zaman paling seronok utk sesiapa yang tahu memanfaatkannya. Means,just enjoyyy.

Apa yang perlu difahami oleh semua, cinta antara pasangan hidup sebenarnya mudah kalau kita dah lalui bermacam jenis dugaan. Antaranya, ketidakserasian, orang kedua, kewangan,halangan ahli keluarga, dan banyak lagi. Kita belajar dari kesilapan, lalu keinsafan menyedarkan kita bahawa ada jalan yang lebih baik di hadapan kita. Semua dugaan tu ditunjukkan supaya kita sentiasa redha dengan apa berlaku. Cinta tu akan lebih kuat jika kita dapat atasi dugaan yang ada. Malah, dugaan yang datang tu sentiasa disertakan sekali dengan cahaya kebaikan. Cahaya kebaikan yang bagaimana?haaa itu kita tak tahu.

*** hargailah setiap dugaan yang datang. Itu adalah cikgu sebenar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...