Cinta antara manusia memang banyak dugaan.Cinta antara manusia tidak perlu ada paksaan,kesakitan dan keperitan. Kadang-kadang kita mudah lupa tanggungjawab kita antara satu sama lain. Dan selalunya kita terlepas pandang kenapa si dia hadir dalam kehidupan kita.
Aku bertuah kerana memiliki si dia yang sangat memahami. Sangat menawan hati. Malah, aku bertuah kerana dipilih di kalangan berjuta-juta golongan adam. Perlu diakui ketika permulaan bercinta(zaman muda), perasaan sentiasa membuak2, nafsu selalu meronta-ronta. Segala keinginan seringkali menjadi keperluan masa tu. Padahal apa yang diingini ketika tu memang tidak diperlukan sebenarnya.cuma membuang masa. Buang masa dengan ketidaktentuan.
Bila kematangan tiba, semua menjadi mudah. Stress kurang. Masa diatur sebaik mungkin,sebab time muda remaja masa tu kadang-kadang masa tu dibuang begitu je. Dating,dating dan dating. Sampai lupa tanggungjawab kita sebagai pelajar, anak dan seorang muslim. Perlu diakui jugak, zaman remaja adalah zaman paling seronok utk sesiapa yang tahu memanfaatkannya. Means,just enjoyyy.
Apa yang perlu difahami oleh semua, cinta antara pasangan hidup sebenarnya mudah kalau kita dah lalui bermacam jenis dugaan. Antaranya, ketidakserasian, orang kedua, kewangan,halangan ahli keluarga, dan banyak lagi. Kita belajar dari kesilapan, lalu keinsafan menyedarkan kita bahawa ada jalan yang lebih baik di hadapan kita. Semua dugaan tu ditunjukkan supaya kita sentiasa redha dengan apa berlaku. Cinta tu akan lebih kuat jika kita dapat atasi dugaan yang ada. Malah, dugaan yang datang tu sentiasa disertakan sekali dengan cahaya kebaikan. Cahaya kebaikan yang bagaimana?haaa itu kita tak tahu.
*** hargailah setiap dugaan yang datang. Itu adalah cikgu sebenar...
No comments:
Post a Comment