Friday, April 13, 2012

WARNA IDAMANKU

Warna sememangnya melambangkan sikap seseorang...yg putih ditafsirkan bersih dan suci.manakala yg hitam dianggap kotor dan jahat. Hijau,biru dan merah pula memberikan tafsiran yang pelbagai. Kehidupan membentangkan seribu satu persoalan. Pahit manis pasti akan ditempuh lalu mengubah warna seseorang. Kita tidak akan senantiasa putih, malah tidak akan selamanya hitam. Putih boleh menjadi gelap dan hitam boleh berubah lebih terang. Bagaikan satu roda yang meniti di satu titian, sentiasa berubah. Aku selalu inginkan berada di tempat pelangi. Warna yang pelbagai dan menarik lalu menarik perhatian segenap orang. Aku suka menjadi daya penarik yang boleh buat orang tersenyum.

Aku tidak sesekali ingin berada di puncak bukit di mana semua orang sentiasa bersaing untuk sampai ke puncak. Puncak bukit adalah tempat yang sangat berisiko untuk aku. Aku tidak ingin berada di kalangan tersebut di mana semua berusaha ke sana lalu menikam satu sama lain, menolak mereka yang lemah, memulau mereka yang bersendirian dan mengguna semua cara untuk berjaya. Malahan, aku tidak mahu berada bersama masyarakat di puncak bukit, apabila sudah ramai, pasti ada puncak lain yang ingin dikejar. Bagi aku,itu adalah warna yang sama. Warna yang tidak membezakan sesiapa pun. Semua adalah warna yang sama.

Sudah semestinya, laut adalah tempat yang sesuai untuk aku. Walaupun hujan,panas mahupun ribut, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk harunginya. Aku tidak mahu pokok untuk berteduh. Aku tidak mahu kayu untuk dibuat rumah. Aku suka untuk memilih jalan tanpa melihat kompas. Aku suka belayar tanpa merujuk buruj-buruj di langit. Biarkanlah aku mencorak warna-warna aku sendiri.

Biarlah aku bertemu raksasa laut sekali pun,jangan sesekali kau hulurkan kapal perang.
Biarlah bocor sampan aku,jangan sesekali kau campakkan pelampung untukku.

Biarkan ku ke hujung lautan, menemani sang pelangi selama mungkin.
Biarkan ku teruskan jalan, melihat segala keindahan di lautan.

Bentanglah laut, hamparkan bintang, campaklah hujan, tiuplah angin, keluarkan raksasa, panahlah halilintarmu...

Dugalah aku, cabarlah aku supaya aku jadi pahlawanmu.
Hentakkan kepalaku, terajanglah kakiku agar kuat hatiku.
Goncanglah tanah, tunjukkan tsunamimu agar kuat imanku.
Keluarlah tenteramu, di belakang lalu bantuku mencapai pelangimu.

Cantikkanlah warnaku bak pelangimu, biar burung-burung lihat dan terpesona padaku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...