Saturday, June 27, 2015

Kami + Noah

Perasaan menjadi ayah tidak dapat dijelaskan secara tepat. Ia lebih kepada gembira ditambah teruja, seronok, gementar. Kalau masakan nak dijadikan contoh, ayam sweet sour mungkin boleh. Banyak rasa. Tapi, perasaan itu masih sukar nak dijelaskan.

Aku sebagai pengasuh anak. Terkejut? memang patut pun..
Bini kerja luar. Aku kerja sendiri di rumah. Mungkin ada hikmahnya. Kalau jiran-jiran mengata, ada aku kesah? Puit. 

Ayah dan mama Noah sedikit goyang dengan kehidupan.  Namun, dengan izin Maha Merancang, Maha Mengetahui, Maha Penolong dan Maha Pelindung, moga kita semua tabah dan sabar.


Wednesday, October 30, 2013

DIA putus cinta

Semalam sesuatu terjadi. tak kiralah kepada kau atau aku. Yang penting isinya.

Topik, putus cinta. Aku cuba nak memahami situasi itu dari konteks yang berbeza. Mungkin kita dah terbiasa mendengar putus cinta yang melibatkan orang ketiga. Aku sendiri pernah terjebak dengan situasi sampah itu. Ketika itu aku adalah seorang bodoh. Si bodoh yang tidak tahu menilai yang mana bunga ros, yang mana bunga matahari. Yang mana berduri, yang mana menyinari.


1.     Putus cinta berkaitan jodoh. Aku menyerahkan segalanya kepada takdir. Aku sepenuhnya percaya yang jodoh aku telah ditetapkan. Sama ada dia, itu tidak pasti lagi. Namun, aku sangat berharap dia akan jadi selamanya untuk aku. Yang penting, bagaimana cara kita handle hubungan itu. Oh ya! Aku percaya juga, jika dia jodoh kau, hubungan kau akan berlangsung dengan tenang. Ramai member aku sebegitu. Abang aku pun sama.


2.     Lelaki memang mata keranjang. Sama ada kau cover atau tidak, kau adalah jantina yang memang begitu. Namun, semuanya dapat ditepis dengan iman. Aku berharap iman akan sentiasa melindungi aku. Amin…

Masa ni idea aku habis. Dah lah aku gunakan masa ofis mengisi ruang fitsepet yang berhabuk. Pui! 

Chiow!

Monday, September 9, 2013

ketidaktahuan

Kadang-kadang hidup ni penuh kekeliruan…
Tidak pasti apa yang betul dan salah.
Tidak pasti apa perkara penting.
Tidak pasti apa perkara yang perlu diutamakan.

Aku tengok aircond. Aku tengok pc.
Aku pandang kamera. Aku teruskan menaip.
Menaip yang ntah apa-apa pun aku pun tak tahu.
Aku betul-betul dalam ketidaktahuan…

Aku ingin berjuang. Berjuang menegakkan apa yang betul.
Aku ingin mengubah masyarakat ke arah yang benar.
Tapi, aku sendiri tak pasti apa yang benar, apa yang betul…

Kini, Aku dalam ketidaktahuan…


Sunday, June 2, 2013

Thursday, April 25, 2013

Anak Muda Mula Mendekati Islam


Anak muda, pemuda atau golongan muda. Panggillah apa sahaja yang sesuai dengan mereka. Golongan usia yang memiliki keupayaan tinggi, sentiasa bertelagah dalam kehidupan, yang mencari-cari arah hidup dan senantiasa mencari tapak selesa dalam kehidupan ini. Kita sering mendengar laungan bahawa pemuda sebagai agen perubahan, penerus bangsa dan pemimpin masa hadapan. Gelaran-gelaran ini tidak akan diberikan jika pemuda bukan golongan yang istimewa. Mungkin kita perlu diingatkan berulang kali bahawa pemuda berumur 18 tahun, Usamah bin Zaid diangkat oleh Nabi SAW sebagai komander untuk memimpin pasukan kaum muslimin pergi berperang. Walaupun ketika itu terdapat orang yang lebih berusia daripadanya, namun Nabi SAW memberikan tanggungjawab yang besar kepada seorang pemuda kerana meyakini kemampuan golongan ini.

Dalam konteks kehidupan masyarakat Islam, perlu diingatkan bahawa golongan ini mempunyai peranan besar. Mereka diharapkan mampu melahirkan idea-idea baru dan bernas dalam konteks pembangunan negara. Pembangunan tidak akan berjalan jika bergantung harapan kepada golongan yang berpengalaman sahaja.  Tetapi ia merangkumi semua golongan dari tua sehinggalah kanak-kanak. 

Kita perlu akui golongan muda di Malaysia mempunyai pelbagai warna sifat dan ragamnya. Kerapuhan jiwa yang mudah mendekati fenomena hedonisme, keruntuhan akhlak dan ketidakupayaan berfikir menyebabkan wujud seakan-akan awan mendung menggelapkan bumi tercinta ini. Masyarakat selalu mempersoal dan menunjukkan rasa tidak senang dengan kerosakan yang wujud. Seks bebas, rempit dan gejala melepak adalah sebahagian daripada bermacam-macam faktor kegelisahan yang wujud di kalangan ibu bapa. Namun dalam beberapa tahun ini, orang muda berduyun-duyun mendekati agama yakni agama Islam. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang memberikan hidayah dan petunjuk kepada sekelian alam.

"Anak muda kita sekarang kini memberi sambutan terhadap program-program islam. Ini disebabkan ulama-ulama dan ustaz-ustaz telah bekerja keras mempromosikan kepada rakyat Malaysia bahawasanya Islam bukan anti kepada kemajuan, bukan anti-sosial, bukan anti-sukan dan bukan anti-hiburan". Itu adalah sebahagian daripada petikan syarahan yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus di Setiu, Terengganu pada tahun 2012.

Perkembangan Islam di dunia dan Malaysia secara khususnya akhir-akhir ini sangat positif. Golongan pemuda di Malaysia dilihat begitu bersemangat menyokong perjuangan Islam. Salah satunya dapat dilihat dan dicerahkan apabila beribu-ribu pemuda yang hadir di ceramah-ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias dan tokoh-tokoh agama yang lain. Kita perlu percaya bahawa Islam akan menang  pada suatu masa nanti malah tidak berat rasanya mengungkapkan bahawa tanda-tanda kebangkitan itu telah muncul.

Kewujudan banyak sekolah-sekolah agama, masjid-masjid, program-program agama malah dibantu stesyen Tv al-hijrah akan mencerahkan kegelapan yang ada sebelum ini. Perkara-perkara ini tidak mungkin wujud sekiranya tiada penglibatan golongan muda dalam proses ini. Penguasaan dalam bidang pendidikan, ekonomi, pembangunan fizikal dan sebagainya menguatkan lagi kepercayaan bahawa tanda-tanda kebangkitan itu sudah ada. Sokongan daripada media Islam seperti stesyen Tv, majalah-majalah, radio dan media sosial akan mempercepat Islamisasi masyarakat.

Mengambil petikan daripada koleksi syarahan Ustaz Azhar, beliau memberi penjelasan yang cukup mudah dan ringkas. 

" Sekarang ini, kedudukan Islam seakan-akan seperti roda dan kini ia berada di atas. Tetapi naik ke atas perlu melalui bawah. Kena sakit, kena susah, barulah naik ke atas. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabarani. Sabda Nabi SAW, hendaklah kamu tahu, Islam kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, maka hendaklah kamu berpusing mengikut roda Islam. Kalau Islam itu ditindas, kamu perlu bersama dengan Islam. Kalau Islam di atas, kamu perlu bersama dengan Islam juga", kata Ustaz Azhar.

Untuk sesebuah masyarakat berubah ke arah kebaikan , sudah tentu tidak mungkin mengambil masa sehari. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa tahun malah berpuluh tahun untuk melihat kejayaan ini. Kita perlu berdoa, rapatkan saf dan percaya bahawa Islam itu adalah benar. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan

Tuesday, March 19, 2013

Richard Marx and JC Chasez - This I Promise You



"This I Promise You"
Ohh ohh...

When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..

And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you

I've loved you forever,
In lifetimes before
And I promise you never...
Will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart (give you my heart)
This is a battle we've won
And with this vow,
Forever has now begun...

Just close your eyes (close your eyes)
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Till the day my life is through
This I promise you..
This I promise you..

Over and over I fall (over and over I fall)
When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...

And I will take (I will take you in my arms)
You in my arms
And hold you right where you belong (right where you belong)
Till the day my life is through
This I promise you baby

Just close your eyes 
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Every word I say is true
This I promise you

Every word I say is true
This I promise you
Ooh, I promise you...

Saturday, March 9, 2013

kenangan cinta yang lama


lagu ni menggamit perasaan aku. mengingatkan aku kepada semua sejarah cinta aku. menginggatkan aku tentang pahit manis aku lalui... selamt tinggal kenangan cinta..

kenangan-kenangan tu akan ku simpan dan dijadikan pengajaran untuk cinta yang ingin ku kekalkan hingga akhirnya..... air mata ini akan ku titiskan untuk cinta kini selamanya....

Kenangan indah bersamamu
Ku patrikan di dalam hatiku
Walaupun pedih perasaan ini
Akan ku jadikan pengajaran

Biarpun cinta telah berlalu
Namun segala dalam ingatan ku
Perpisahan datang melanda
Mengapa harus begini

( korus )
Selamat tinggal kenangan cinta

Segala cinta yang pernah di cipta
Akan ku simpan kenangan bersamamu
Semua kenangan yang indah

Tiada ku sangka semua ini
Kita akan terpisah akhirnya
Akan ku simpan kenangan bersamamu
Airmata ini mengalir hanyalah untuk mu

Akan ku tempuhi segala
Walaupun tanpa dirimu kekasih
Selamat tinggal akan ku ucapkan
Kepada kenangan cinta




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...