Sunday, November 22, 2009

tiada pengambilan baru KPLI 2010

Ini maklumat yang aku baru tahu...

Saya terpanggil untuk meluahkan kekecewaan melibatkan isu pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi sesi 2010. Saya merupakan salah seorang daripada ribuan siswazah yang tidak berpeluang mengambil jurusan pendidikan semasa pengajian di universiti walau pun mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perguruan.Selepas tamat pengajian pada Ogos 2009, saya tertunggu-tunggu iklan KPLI untuk ambilan 2010.

Malangnya apabila melayari laman Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat pemberitahuan berikut:“Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009”.Persoalan saya di sini ialah:*

Mengapa borang KPLI tidak diiklankan bagi sesi 2010 (selain ambilan khas Jun 2009)? Ini telah menidakkan hak-hak kami (siswazah lepasan 2009) untuk menceburi bidang pendidikan. Di manakah keadilannya?* Mengapakah ambilan KPLI tahun 2010 diambil daripada calon simpanan?

Setahu saya, sebelum ini tiada istilah ‘calon simpanan’ diwujudkan. Berdasarkan pengalaman calon-calon lepas (yang pernah memohon untuk KPLI), mereka perlu mengisi permohonan baru setiap tahun.* Mengapa hanya memberi peluang kepada calon simpanan yang memohon pada ambilan khas Jun 2009 sahaja? Di manakah relevannya pemilihan mereka? Saya ingin tahu mengapakah hanya kelompok mereka sahaja dipilih bagi pengambilan 2010? Mengapa hanya berlaku pada pengambilan kali ini? Adakah ini suatu kesilapan atau pun merupakan dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia?

Apa pun alasan yang akan diberikan, saya merasa masih belum terlambat sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang baru kepada kami. Saya mencadangkan agar pemohonan pengambilan baru diiklankan bagi ambilan Julai 2010, agar semua siswazah yang memohon bersaing secara sihat dan adil.Saya sangat berbesar hati sekiranya pihak atasan membuka mata dan tidak memandang remeh mengenai isu ini selaras dengan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

sumber:
http://www.blogcatalog.com/search.frame.phpterm=kpli+jun+2010&id=25f7d5a131a74e7a86528bfeee9ac5e6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...