Saturday, February 19, 2011

RENUNGKAN SEJENAK.URMM

macamne la kalau benda ni jadi kat kita...

sama ada mak atau ayah kita pergi...kompem sedih giler.

budak-budak kecik ni terlalu mentah untuk mengenal pemergian seorang ibu..

dengan kasih sayang, belaian manja sebelum ni pergi meninggalkan mereka...

sebelum ibu dan ayah pergi, buatlah perkara yang terbaik untuk hepikan mereka..

dan jadilah anak-anak yg soleh dan solehah...amin

BESUT – Hasrat seorang ibu untuk pulang ke rumah selepas menjemput empat anaknya dari kelas mengaji al-Quran berkecai apabila dia maut manakala kesemua anaknya parah selepas kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Nyiur Tujuh dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.30 petang itu mengakibatkan Zubaidah Shamsudin (gambar), 31, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Besut. Allahyarham merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pangkalan Udara Gong Kedak berpangkat Sarjan Udara.

Empat anaknya, Amirul Syafiq Aidi Asma, 11, Ahmad Fitri Hakim, 5, Aminuddin Akmal, 9 dan Adam Hasif, 1, cedera dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Amirul Syafiq koma selepas cedera di kepala, Aminuddin dan Ahmad Fitri patah paha kanan manakala Adam Hasif retak tulang rusuk.

Difahamkan, sebelum kejadian, lima beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kem TUDM di sini melalui Kampung Raja. Jarak di antara rumah mereka dengan lokasi mengaji kira-kira 15 kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Zubaidah gagal dikawal sebelum terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

# artikel kosmo 19 FEB 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...