Sunday, June 10, 2012

sempena EURO 2012

selepas 3 hari perlawanan EURO 2012,yakni selepas perlawanan2 kumpulan c, aku menjangkakan 4 pasukan yang akan ke separuh akhir nanti.

dalam kumpulan A, mungkin ramai dah menjangkakan yang RUSIA akan sekali lagi ke separuh akhir.
ini disebabkan pemain-pemain mereka dah lama bersama ditambah pula dengan bintang muda, ALAN DZAGOEV dan brother ROMAN SHIROKOV. pada suku akhir dijangka pasukan ini akan berjumpa dengan naib juara kumpulan B,sama ada Denmark ataupun NETHERLAND. tapi tak kisahla, RUSIA pasti akan ke semi final berjumpa dengan SPAIN.




dalam kumpulan B pula, dikatakan kumpulan maut,semangat ukhuwah yang kuat antara pemain pasti akan membantu GERMAN untuk ke semi final nanti. walaupun dalam kumpulan maut, persembahan mantap yang diberikan MESUT OZIL, MARIO GOMEZ dan KLOSE pasti memudahkan mereka.





dalam kumpulan C pula,walaupun seri dengan itali 1-1, SPAIN pasti akan menjuarai kumpulan. dengan gandingan pemain-pemain terbaik dunia, campuran pemain BARCELONA dan REAL MADRID, Spain pasti akan ke separuh akhir. gandingan XAVI-INIESTA, DAVID SILVA yg awesome dan CASILLAS yang mahahebat pasti membantu mereka.




**itu bukan CASILLAS, tapi SARA CARBONERO,awek dia...

dalam kumpulan D pula, dijangkakan PERANCIS akan menjuarai peringkat kumpulan. dengan kemantapan BENZEMA ketika ini, dibantu Ribery dan NASRI di tepi pasti membantu mereka menjuarai kumpulan D.
walaupun ENGLAND dikatakan dapat menewaskan mereka, bagi pendapat aku, mereka pati menjuarai kumpulan ni.





dijangkakan suku akhir:

RUSIA vs DENMARK/BELANDA

GERMANY vs CZECH REPUBLIC

SPAIN vs ENGLAND/SWEDEN

FRANCE vs ITALY/CROATIA

dan SEPARUH AKHIR pula: 

RUSIA vs SPAIN

GERMANY vs FRANCE

FINAL???

SPAIN vs GERMANY/FRANCE

***korang nak kata aku tak betul,ada aku kesah....hahahahha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...