Wednesday, March 6, 2013

adam corrie lee

cerita di bawah aku copy untuk memberikan pengajaran kepada diri aku untuk terus bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah swt. cerita untuk renungan bersama.

TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam. 


Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam. 

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar. Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka. 

“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik. 

13 July 2007 di Bangunan PERKIM Jalan Ipoh 

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha. Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain. 

Saya telah mengucap dua kalimah syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya. 

Bagaimana Boleh Peluk Islam? 

1. Kaabah – Saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana 

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka 

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah 

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; 

“Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”

Ketika tidur saya telah bermimpi SEPERTI berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. INSAN atau Hamba Allah tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. 

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya 

Ketika mengerjakan Umrah, saya solat di hadapan Kaabah. Alhamdulillah beberapa kali masuk waktu solat. Saya dapati dahi saya membengkak seperti telur. Apabila ia membengkak ia menyukarkan saya sujud. Tapi gagahkan juga untuk sujud. Bengkak di dahi tersebut surut memakan masa 4 bulan untuk surut sepenuhnya sedikit demi sedikit. Dan masih ada kesan tanda hingga sekarang. 

Hadiah dari Allah ketika menjadi tetamuNya. 

Alhamdulillah 

P/s : masih menghormati agama keluarga saya. tidak pernah kata memandang hina pada agama lain. Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain 

Isteri Adam Corrie juga banyak membantu Adam Corrie di awal perkahwinan, penulis kongsikan antara tips yang dikongsikan. 

Isteri saya tahu saya banyak kekurangan ilmu dalam ehwal agama Islam. 

Sejak awal perkahwinan lagi, setiap malam sebelum tidur isteri saya akan bacakan buku agama, manakala saya akan mendengarnya. Mula-mula isteri membaca buku mengenai Rasul-rasul. Kemudian membaca buku berkaitan hukum hakam agama. 

Membaca buku sebelum tidur sudah menjadi rutin. Sekarang kami sudah bergilir-gilir membaca dan mendengar. Salah satu cara menimba ilmu dan mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri. 

Mulianya hati isteri Adam Corrie membantu suaminya dalam mengenali lebih dalam lagi mengenai Islam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...